Page 19 - Demo
P. 19
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202518LAWATAN KERJA KE NANNING HUMAN RESOURCES23 SEPTEMBER 2025Selain menghadiri China-ASEAN Expo (CAEXPO), Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen turut mengadakan sesi lawatan kerja ke %u201cNanning Human Resources and Social Security Bureau%u201d.Dalam pertemuan ini, mereka berpeluang bertukar pandangan mengenai pembangunan sumber manusia, dasar pekerjaan, latihan kemahiran dan perlindungan sosial.Beliau turut berkongsi pengalaman Kedah dalam melaksanakan program latihan kemahiran belia, usaha memperkasa TVET serta inisiatif kebajikan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.Amalan terbaik yang dilaksanakan di Nanning boleh dijadikan rujukan, manakala perkongsian pengalaman dari Kedah pula membuka ruang kerjasama dua hala yang lebih kukuh.Hubungan erat seperti ini bukan sahaja membuka peluang pelaburan, tetapi juga memperluas kerjasama dalam pembangunan modal insan dan jaminan sosial, dua tonggak penting bagi memastikan kemajuan ekonomi berjalan seiring dengan peningkatan kualiti hidup rakyat di Negeri Kedah.Kerjasama seperti ini mampu memberi manfaat timbal balik kepada kedua-dua pihak serta memperkukuh hubungan persahabatan antara Kulim, Kedah dan Nanning, Guang Xi China.

