Page 18 - Demo
P. 18
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202517ALOR SETAR - Persidangan Mahasiswa Darul Aman (PMDA) 2025 menjadi platform mahasiswa membahaskan isu-isu nasional yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk membina sebuah negara bangsa yang berjaya.Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, dalam persidangan itu mahasiswa boleh memberi pandangan yang kritis yang boleh membina negeri dan negara.%u201cJadi saya berharap agar persidangan mahasiswa Kedah Darul Aman ini akan menjadi medan untuk kalian mengasah bakat-bakat perbahasan.%u201cJanganlah jadikan Dewan ini sebagai tempat hanya untuk melepaskan rasa amarah, kebencian dan segalanya,%u201d ujarnya ketika merasmikan Persidangan Mahasiswa Darul Aman 2025 bertempat di Wisma Darul Aman, hari ini.Jelasnya, persidangan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk membentuk mahasiswa menjadi pemimpin-pemimpin yang dipersiapkan untuk negara Malaysia.Tambahnya lagi, PMDA itu juga adalah usaha yang telah digarap sendiri oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor.%u201cSaya melaksanakan idea ini bagi membolehkan kita dapat mengenalpasti anak-anak muda negeri Kedah agar sentiasa cakna dengan apa yang berlaku di negeri dan juga di negara.%u201cJadi kalian usahakanlah untuk mempersiapkan diri agar suatu hari nanti apabila rakyat melihat kepada kalian, mereka akan melihat kalianlah pemimpinpemimpin yang dinantikan oleh bangsa, agama dan negara,%u201d kata beliau.PMDA 2025 PLATFORM MAHASISWA BAHAS ISU NASIONAL 22 SEPTEMBER 2025

