Page 20 - Demo
P. 20


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202519ALOR SETAR %u2013 Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan RM3,000 kepada 20 persatuan mahasiswa anak Kedah sebagai bukti kepercayaan terhadap mahasiswa untuk terus berbakti sebagai pewaris negeri.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dana itu membolehkan persatuan merancang serta melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang menyemai semangat kenegerian, memperkukuh jati diri serta membina jaringan kukuh sesama rakan.%u201cDengan latihan kepimpinan, pengalaman mengurus dana dan penglibatan dalam aktiviti persatuan, mahasiswa Kedah akan lahir sebagai generasi yang matang, berwibawa serta bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar apabila berkhidmat di mana jua selepas tamat pengajian kelak,%u201d katanya.Tambahnya, usaha itu menonjolkan kepentingan semangat kenegerian yang bukan sahaja menghubungkan mahasiswa dengan akar budaya dan identiti negeri, malah menjadi tali pengikat untuk menabur bakti kepada Kedah yang dicintai.Menurutnya lagi, saluran dana turut memberi peluang kepada mahasiswa untuk bergiat aktif, berorganisasi dan membentuk diri sebagai modal insan berkualiti.%u201cDi samping itu, dana ini juga boleh dimanfaatkan untuk menjaga kebajikan anak-anak Kedah di universiti, sama ada melalui program secara bersama, bantuan sesama ahli, mahupun inisiatif yang meringankan beban pelajar,%u201d jelasnya.Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Kepada Persatuan Mahasiswa Anak Kedah 2025 di Wisma Darul Aman.Jelasnya, identiti sebagai anak Kedah merupakan kekuatan yang membentuk jati diri dan memberi makna kepada perjuangan menuntut ilmu, sekaligus menjadi aset penting bagi masa depan negeri dan negara.%u201cMahasiswa Kedah yang menuntut ilmu sama ada di dalam atau di luar negara harus sentiasa mengingati bahawa ada negeri yang menanti khidmat dan bakti mereka. Walau sejauh mana langkah diatur, walau setinggi mana menara ilmu yang didaki, akar tidak boleh sekali-kali diputuskan.%u201cKembalilah ke Kedah untuk berbakti, tidak kira dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan, teknologi, pentadbiran atau apa jua lapangan yang diceburi. Negeri ini menunggu kepakaran, tenaga dan semangat anda semua. Jika anak-anak Kedah yang berjaya kembali menyumbang kepada negeri, insyaAllah Kedah akan kembali berdiri sebagai sebuah negeri yang kuat, makmur dan dihormati,%u201d pesannya.Langkah ini jelas mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri dalam memperkukuh peranan mahasiswa sebagai generasi pelapis yang mampu menyumbang kepakaran dan tenaga demi masa depan Kedah.KERAJAAN NEGERI SALUR RM60 RIBU KEPADA PERSATUAN MAHASISWA ANAK KEDAH23 SEPTEMBER 2025
                                
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24