Page 23 - Demo
P. 23
Kerajaan negeri berusaha memastikan rakyat Kedah dekat dengan al-Quran dan dapat menjadikannya sebagai pembudayaan kehidupan seharian.Menurut Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat, salah satu cara yang efektif untuk menarik dan mengajak masyarakat dengan al-Quran adalah melalui pendekatan yang lemah lembut dan kreatif.%u201cFestival Al-Quran Kedah ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan diri masyarakat dengan Al-Quran.%u201cKita juga perlu menggunakan teknologi dan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan pesan-pesan Al-Quran secara luas kepada semua masyarakat, terutama generasi muda yang merupakan penerus peradaban Islam pada masa akan datang.%u201dBeliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Penutup Festival Al-Quran Peringkat Negeri Kedah tahun 2025 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti.Jelas beliau, para pemimpin di seluruh negara perlu mencari pelbagai cara atau kaedah terbaik bagi membina dan meneruskan generasi al-Quran yang baharu mahupun yang sedia ada.Katanya, program ini merupakan salah satu usaha pemimpin kerajaan negeri bagi membantu membuka mata masyarakat terhadap keindahan dan kepentingan alQuran.%u201cSemoga dengan penganjuran Festival Al-Quran Kedah 2.0 ini akan berjaya menarik lebih ramai masyarakat cintakan Al-Quran seterusnya negeri Kedah dapat melahirkan qari dan qariah, Hafiz dan Hafizah yang akan membawa nama negeri Kedah dipersada antarabangsa,%u201d ujarnya.KERAJAAN NEGERI KEDAH BERUSAHA HIDUPKAN AL-QURAN DI HATI RAKYATALOR SETAR - 29 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 22

