Page 21 - Demo
P. 21
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyeru umat Islam agar menjadikan semangat hijrah sebagai dorongan utama dalam memperkukuh jati diri, membina masyarakat berakhlak serta mempertahankan perpaduan ummah dalam menghadapi cabaran semasa.Dalam titah Baginda sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1447H/2025M pagi ini, Baginda mengingatkan bahawa hijrah bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi satu anjakan perubahan menyeluruh dari segi minda, jiwa dan peribadi.%u201cHijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah merupakan lambang pengorbanan, kecekalan dan strategi kepimpinan yang luar biasa.%u201cIa menuntut kekuatan iman serta sokongan padu masyarakat dalam membina tamadun Islam yang berdaya tahan,%u201d titah Baginda.Mengulas peranan masyarakat dalam memelihara keharmonian, Baginda mengangkat firman Allah SWT dari Surah Al-Hujurat ayat 10, yang menekankan pentingnya perpaduan dalam kalangan orang mukmin.Baginda turut menyeru agar seluruh rakyat mendoakan kesejahteraan saudara se-Islam di Palestin.Dalam titah tersebut, Baginda turut menzahirkan harapan agar sambutan kali ini menjadi titik tolak ke arah kehidupan yang lebih berilmu, berakhlak dan berwawasan bagi seluruh rakyat Kedah.%u201cSemoga sinar hijrah kali ini, memberi kekuatan baharu kepada seluruh rakyat Negeri Kedah dalam meneruskan perjuangan membina masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berwawasan,%u201d titah Baginda lagi.BULETIN UPDA EDISI MEI 2025 20SULTAN KEDAH TITAH PERKUKUH SEMANGAT HIJRAH DEMI KESEJAHTERAAN UMMAHALOR SETAR - 27 JUN 2025

