Page 3 - Demo
P. 3


                                    KEDAH KOMITED BANGUNKAN SUKAN DIGITAL, BUKA PELUANG GENERASI MUDAALOR SETAR - 2 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025Kerajaan Negeri Kedah komited memacu pembangunan sukan digital menerusi penganjuran Kejohanan Kedah E-Sport Challenge 2.0 2025.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penganjuran kejohanan ini bukan sekadar meraikan minat golongan belia terhadap sukan elektronik malah menjadi platform penting dalam mengenal pasti bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk digilap ke peringkat lebih tinggi termasuk Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA).%u201cSeiring dengan perkembangan sukan ini dalam masyarakat, kerajaan negeri menjadikan kejohanan ini sebagai platform untuk mempromosikan sukan elektronik (E-Sport) sebagai aktiviti berimpak tinggi dalam kalangan belia, selaras dengan dasar digital negara dan pembangunan sukan moden,%u201d jelasnya.Tambahnya, kepesatan perkembangan teknologi masa kini turut mengubah landskap kehidupan sejajar dengan arus semasa.%u201cKepada ibu bapa, walaupun ini bukanlah permainan pada zaman kita, marilah kita memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak dan memandu mereka untuk memastikan bakat dan minat anak-anak kita sentiasa berada di atas landasan yang betul.%u201cKita tak boleh menafikan bahawa bermain permainan seperti ini atau apa jua permainan boleh mengasyikkan hingga lupa makan, minum dan sebagainya,%u201d katanya.Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Kejohanan Kedah E-Sport Challenge 2.0 2025 peringkat negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.Selain itu, beliau turut menasihatkan agar tidak terlalu leka dalam sebarang perkara sehingga menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, akhlak, agama serta masa hadapan.2
                                
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10