Page 5 - Demo
P. 5
Projek menaik taraf Jalan Suka Menanti (K137) diyakini mampu meningkatkan penyampaian perkhidmatan serta merangsang pembangunan sosial ekonomi penduduk melalui penyediaan infrastruktur yang lebih baik.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak menjadi faktor utama dalam menjayakan dan melancarkan pelaksanaan sesuatu projek.%u201cIni harus menjadi petunjuk kepada kita semua bahawa kerjasama dan komitmen semua pihak sentiasa diperlukan,%u201d katanya.Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penyerahan Projek Siap, Projek Menaik Taraf Jalan Suka Menanti (K137) daerah Kota Setar di Stadium Suka Menanti.%u201cDengan adanya jalan raya yang dinaik taraf ini, pengguna dari dalam dan luar Bandaraya Alor Setar dapat menggunakan jalan dengan lebih selesa dan selamat,%u201d katanya.Tambahnya lagi, kualiti dan reka b e n t u k y a n g d i g u n a k a n menunjukkan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah telah mengambil kira aspek keselamatan dan keselesaan pengguna pada tahap terbaik.Jelas beliau, Jalan Suka Menanti merupakan laluan utama yang menghubungkan masyarakat setempat dengan pusat bandar.%u201cSesungguhnya projek ini akan memberi banyak kemudahan kepada orang ramai, dan kita ucapkanlah syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi kemudahan dan keizinan untuk semua pihak yang terlibat menyiapkan projek ini.%u201cSemoga usahasama ini akan berjalan demi keselasaan dan kesejahteraan pengguna jalan raya,%u201d ucapnya.NAIK TARAF JALAN SUKA MENANTI BERI KESELESAAN KEPADA RAKYATALOR SETAR - 3 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 4

