Page 4 - Demo
P. 4
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen memenuhi jemputan ke Majlis Makan Malam Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) 2025.Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia merupakan satu badan yang dianggotai oleh individu-individu dari pelbagai latar belakang yang sanggup meluangkan masa dan tenaga demi khidmat kepada masyarakat serta negara.Komitmen mereka bukan kecil, malah sangat mengagumkan.Majlis malam ini juga menjadi simbol penyatuan dan semangat kekitaan dalam kalangan anggota SSPDRM dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, serta bersempena sambutan Hari Polis ke-218 dan Tahun Melawat Kedah 2025.Tahniah kepada negeri Kedah selaku tuan rumah tahun ini dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis penuh bermakna ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato%u2019 Haji Mohd Salleh Saidin melawati Padang Garam, kawasan tepi pantai yang sedang dalam fasa pertama pembangunannya sebagai tempat riadah dan rekreasi.Dahulu dipenuhi semak-samun dan terbiar, kini Padang Garam berubah wajah menjadi tumpuan orang ramai.Beliau dimaklumkan bahawa jumlah pengunjung, termasuk yang datang secara berkeluarga, semakin meningkat setiap hari, terutamanya pada waktu petang hujung minggu dan hari cuti umum.Suasana yang mula %u2018hidup%u2019 di kawasan itu juga secara tidak langsung membuka pintu rezeki kepada para peniaga dan penjaja kecil.Selain mahu melihat Padang Garam bangkit menjadi destinasi pelancongan baharu di Kuala Kedah khususnya dan di Kedah umumnya, beliau juga ingin melihat limpahan rezekinya dinikmati oleh warga setempat.YB Dato%u2019 Salleh akan berusaha seupaya mungkin bagi memastikan projek pembangunan fasa kedua kawasan itu dapat dilaksana pada kadar yang segera.SEPETANG DI PADANG GARAM3 JUN 20253 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 3

