Page 6 - Demo
P. 6


                                    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Kedah, YB Dato%u2019 Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan PEMADAM Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.Dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan mengenai strategi dan usaha terkini dalam memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.Pelbagai cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan tahap kesedaran serta memperkukuh peranan semua pihak dalam mendidik dan melindungi generasi muda daripada ancaman bahaya dadah, vape dan bahan terlarang.Turut hadir bersama Setiausaha Agung PEMADAM Kebangsaan.Pe n g e r u s i J a w a t a n k u a s a Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen menghadiri Pertandingan Tulisan Kaligrafi Cina Peringkat Kebangsaan Negeri Kedah Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Persatuan Chee Han Kor Kulim.P e r t a n d i n g a n i n i dianjurkan oleh kerajaan negeri Kedah melalui p e j a b a t E X C O Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dengan kerjasama persatuanpersatuan Cina Kedah Selatan.Mengagunkan apabila penyertaan hampir 3,800 karya dari seluruh negara termasuk dari Sabah, Sarawak dan juga peserta daripada pelbagai kaum.Seramai 95 peserta dipilih ke pusingan akhir yang telah menunjukkan kemahiran seni kaligrafi mereka secara langsung mencerminkan semangat dan usaha penggiat seni dari pelbagai latar belakang.Hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM10,100 ditawarkan, berserta sijil dan trofi khas sebagai pengiktirafan kepada bakat muda.Pertandingan ini bukan sahaja memartabatkan seni kaligrafi, tetapi juga m e n j a d i p l a t f o r m p e r p a d u a n d a n penghargaan terhadap warisan budaya pelbagai kaum.Sempena Tahun Melawat Kedah 2025, beliau mengalu-alukan semua untuk datang ke Kedah, negeri yang kaya dengan sejarah, alam semulajadi dan kepelbagaian budaya.MESYUARAT PENYELARASAN PEMADAM NEGERI KEDAHPERTANDINGAN TULISAN KALIGRAFI CINA PERINGKAT KEBANGSAAN NEGERI KEDAH TAHUN 20253 JUN 2025 4 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 5
                                
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10