Page 7 - Demo
P. 7


                                    Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) memperkenalkan Projek iCON sebagai pendekatan baharu untuk mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek perintis iCON menjadikan daerah Yan dan Baling sebagai pilihan dalam usaha memaksimumkan potensi kawasan yang kurang membangun.%u201cKetika ini, projek pembangunan iCON Yan telah siap sepenuhnya manakala pembangunan iCON Baling telah mencapai tahap 90 peratus.%u201ciCON yang berkonsepkan moden dan terbuka menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang menyediakan pusat niaga, inkubator perniagaan, ruang acara dan kemudahan asas yang selesa untuk pelancongan,%u201d katanya.Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Kolaborasi Strategik bagi Kemajuan Projek iCON Yan dan Baling, Kedah anjuran Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Raia Hotel & Convention Centre.Tambahnya, usaha pembangunan projek ini turut membantu usahawan dalam mengetengahkan tradisi dan keunikan negeri Kedah melalui produk masing-masing.%u201cMelalui kerancakkan ekonomi setempat ini, secara langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk dan memberi limpahan ekonomi kepada kawasan sekitarnya melalui kehadiran pelancong,%u201d jelasnya.Jelasnya lagi, agensi kerajaan negeri diharapkan dapat bekerjasama dengan NCER dan agensi Kerajaan Persekutuan untuk mempromosikan iCON Yan dan Baling serta memperluaskannya di daerah-daerah lain.%u201cSaya berharap NCER akan terus memberi manfaat yang besar membantu Kerajaan Negeri Kedah membangunkan sosioekonomi negeri ini. Saya yakin masih banyak lagi potensi di Negeri Kedah yang boleh diterokai oleh NCER mahupun mana-mana pihak, khususnya dalam sektor pelaburan, pelancongan dan pertanian,%u201d ucapnya.iCON: PROJEK PERINTIS NCER TINGKATKAN EKONOMI LUAR BANDAR DI KEDAHALOR SETAR - 10 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 6
                                
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11