Page 10 - Demo
P. 10


                                    Nilai pelaburan terbaharu yang dicatatkan oleh kerajaan negeri Kedah terus mengukuhkan kedudukan strategiknya sebagai salah satu destinasi pelaburan utama di Malaysia.Berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), negeri Kedah telah merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM4.2 bilion dalam tempoh Januari hingga Mac 2025.Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 57 projek pelaburan telah diluluskan, menjana 1473 peluang pekerjaan kepada rakyat, pelaburan asing menyumbang sebanyak RM3.09 bilion serta pelaburan domestik mencatatkan nilai RM1.06 bilion.Lebih membanggakan, Kedah turut direkodkan sebagai negeri ketiga tertinggi dalam sektor pembuatan dengan nilai pelaburan mencecah RM3.9 bilion dan berjaya menarik pelaburan berteknologi tinggi serta berimpak besar.Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan dasar, ketelusan pentadbiran serta tumpuan kerajaan negeri terhadap pembangunan yang mampan dan inklusif. Keupayaan ini bukan sekadar mampu meningkatkan potensi ekonomi negeri, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.Prestasi cemerlang ini membuktikan bahawa kepimpinan Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama barisan pentadbiran negeri berjaya menempatkan posisi negeri sebagai hab pelaburan berdaya saing tinggi di Malaysia.BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 9KEDAH TARIK PELABURAN RM4.2 BILION: BUKTI KEPIMPINAN STRATEGIK DAN DAYA SAINGALOR SETAR- 13 JUN 2025
                                
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14