Page 9 - Demo
P. 9
YB Dato%u2019 Haji Mohd Salleh Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, telah mempengerusikan Mesyuarat Penganjuran Santai Anak Utara (SAU) edisi ke-13 di Wisma Darul Aman. Program tahunan ini dijadualkan berlangsung pada 5 Julai 2025 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, dan dijangka menghimpunkan ribuan peminat jentera dua roda dari seluruh negara. SAU terus menjadi platform yang memperkukuh semangat komuniti serta mempromosikan jenama Experience Kedah yang penuh warna-warni dan keunikan.Selepas mesyuarat, YB Dato%u2019 turut menerima kunjungan hormat daripada Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) Negeri Kedah yang diketuai oleh Yang Dipertua bersama jawatankuasa. Pertemuan ini membincangkan inisiatif ke arah memperkasakan seni silat sebagai warisan budaya bangsa, selain memperluas peranan dan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Syarikat Air Darul Aman (SADA) di Pejabat SADA.Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan isu-isu teknikal serta aspek kewangan syarikat bagi memastikan kelancaran operasi dan perkhidmatan air kepada rakyat negeri Kedah.Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB Dato%u2019 Wira Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Radzuan Osman dan pegawai-pegawai yang berkenaan.YB Dato%u2019 Haji Mohd Salleh Saidin meninjau persiapan Kedah International RC Power Boat Racing 2025 X Eksplorasi Usahawan Negeri Kedah yang akan berlangsung di Taman Tasik Pendang dari 13 hingga 15 Jun 2025, 8.30 pagi hingga 7.00 malam.Acara ini menghimpunkan hampir 500 peserta dari 8 negara yang bersaing dalam 7 kategori perlumbaan bot kawalan jauh. Selain perlumbaan, program turut dimeriahkan dengan reruai usahawan, pameran agensi kerajaan, persembahan pentas dan pelbagai aktiviti menarik. Orang ramai dijemput hadir bagi menyokong produk tempatan dan memeriahkan sektor pelancongan serta keusahawanan negeri Kedah.YB Dr. Haim Hilman Abdullah merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Recycle Now dan Upcycling Now 2024 anjuran E-Idaman, yang menggabungkan inovasi, pendidikan dan kesedaran kelestarian alam sekitar.Pertandingan ini melibatkan pelajar sekolah dan mahasiswa dari seluruh negara yang menghasilkan karya kreatif daripada bahan buangan. Ia berjaya mendidik masyarakat bahawa kitar semula boleh menjadi gaya hidup yang menyumbang kepada ekonomi hijau.E-Idaman turut memperkenalkan inisiatif seperti Drive Thru Recycle Centre, aplikasi idamanXchange dan teknologi AI dalam pengurusan sisa. Program ini memberi impak besar kepada komuniti, khususnya dalam menyemai kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.11 JUN 202511 JUN 202512 JUN 202512 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 8SANTAI ANAK UTARA 2025 DAN DUNIA SENI SILAT MELAYU MALAYSIA (DSSM)MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN KEWANGAN SADAKEDAH INTERNATIONAL RC POWER BOAT RACING 2025 X EKSPLORASI USAHAWANPERTANDINGAN RECYCLE NOW DAN UPCYCLING NOW 2024 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

