Page 8 - Demo
P. 8
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bukan sekadar sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) tetapi merupakan simbol aspirasi pembangunan negeri Kedah melalui pelbagai inisiatif seperti pembangunan ladang getah, premis perniagaan dan kawasan industri.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PKNK telah meninggalkan jejak yang bermakna dalam landskap ekonomi negeri Kedah.%u201cPKNK telah menjadi contoh GLC negeri yang cemerlang dalam prestasi, berintegriti dalam tadbir urus, ikhlas dalam berkhidmat, selaras dengan halatuju baharu dan menyokong inisiatif strategik negeri Kedah.%u201cNamun, kita tidak boleh selesa dengan kejayaan pada masa lalu. Kedah kini menyusuli pelbagai inisiatif seperti pembangunan sempadan Bukit Kayu Hitam (BKH), Projek Kedah Science and Technology Park (KSTP) dan Projek Delepan (SBZ) yang sedang rancak dijalankan,%u201d ujarnya.Tambahnya, selain pembangunan lapangan terbang kargo, PKNK b o l e h m e n c e bu r i bi d a n g pembangunan hartanah, industri dan logistik di sekitar aerotropolis yang sedang kita usahakan.%u201cKHTP fasa lima (5) sebagai taman teknologi tinggi paling berjaya, perlu diperkasakan. Pemerkasaan ini akan membuka peluang pelaburan semula dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.%u201cOleh itu, PKNK mesti bertindak proaktif dalam menyediakan tanah, kemudahan sokongan, perumahan dan latihan kepada bakal tenaga kerja,%u201d katanya sewaktu Majlis Pelancaran Sambutan 60 Tahun PKNK di Wisma PKNK, Alor Setar.Beliau berkata, penilaian terhadap kejayaan PKNK dapat dilihat apabila ia mula mengorak dengan memberikan semula pulangan kepada masyarakat yang terpinggir pada masa lalu.%u201cSaya percaya ramai anak-anak Kedah hari ini bekerja, berniaga dan hidup dalam suasana serba maju, hasil daripada projek-projek yang telah diusahakan oleh PKNK.%u201cDalam tempoh 60 tahun ini, kita harap kita tidak menjadi spoiler dan kita akan mencetuskan kebangkitan 60 PKNK yang kedepannya, insyaAllah,%u201d ucapnya.60 TAHUN PKNK: SIMBOL ASPIRASI PEMBANGUNAN KEDAHALOR SETAR - 10 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 7

