Page 17 - Demo
P. 17
Kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 meningkat 35 peratus yang menjadikan 7 juta pelancong berbanding 5.2 juta pelancong pada tahun lepas.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato%u2019 Haji Mohd Salleh Saidin berkata, jumlah kemasukan pelancong ke Langkawi bagi bulan Januari dan Februari 2025 adalah sebanyak 554,416 orang.Jelasnya, TMK 2025 digerakkan dengan satu matlamat untuk merancakkan sektor pelancongan dalam negeri Kedah dengan langkah utama iaitu terus menggemilangkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan tersohor di dunia dan mengangkat potensi pelancongan di tanah besar.%u201cSebagai satu usaha untuk mempromosikan dan menyaluirkan maklumat, Kedah Tourism telah melancarkan kalendar TMK 2025 untuk rujukan sesiapa sahaja.%u201cSebanyak 170 acara kecil dan besar akan dilaksanakan sepanjang tahun ini meliputi 12 daerah negeri Kedah,%u201d ujarnya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga turut merancang program profesional menggabungkan elemen rangkaian dan pengalaman eklusif yang diyakini berupaya menarik minat pelancong profesional.%u201cKita meletakkan harapan yang tinggi agar pintu yang dibuka kepada segmen-segmen untuk menarik kehadiran pelancong profesional ini akan menjadi laluan awal ke arah menjadi Kedah sebagai destinasi pilihan golongan profesional dan seterusnya pemangkin kepada tumbuhnya pusat konvensyen dan Dewan Pameran Antarabangsa khususnya di tanah besar Kedah.Menurut beliau lagi, Kedah yang terpilih sebagai Pilihan Malaysia pada pameran MATTA Fair 2025 memerlukan komitmen daripada kerajaan negeri untuk menjadikan 2025 ini sebagai tahun pemula untuk mengangkat pelancogan dalam negeri Kedah.PELANCONG MASUK KE NEGERI KEDAH MENINGKAT 35 PERATUSALOR SETAR - 21 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 16Sumber: Google

