
RAJA MUDA KEDAH BERKENAN MERASMIKAN PEJABAT TASK

ISNIN (06.07.2026)
ALOR SETAR – Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) di Aras 2, Blok E, Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Majlis dimulakan dengan ketibaan Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah TASK sebelum keberangkatan tiba Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah dan seterusnya Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah.
Acara utama majlis ialah Upacara Menandatangani Plak Perasmian Pejabat TASK sebagai simbol rasmi pembukaan pejabat berkenaan. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan doa dan sesi lawatan ke ruang pejabat bagi meninjau kemudahan yang disediakan. Turut diadakan sesi bergambar bersama Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah TASK serta para jemputan yang hadir.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Dato’ Pengelola BiJaya DiRaja, Dato Seri Setia Diraja Dato’ Paduka Bakar Din; Ahli Lembaga Pemegang Amanah TASK, Dato’ Wira Vijayasundram Jeyabalan dan Pengurus Besar TASK, Azhan Abd Hamid.
Sumber: Warta Kedah
Sumber: Warta Kedah

Comments are closed