
MAJLIS JAMUAN NEGERI SEMPENA KEPUTERAAN KE-84 TUANKU SULTAN KEDAH
ISNIN (06.07.2026)
ALOR SETAR – Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff berkenan berangkat hadir ke Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah Ke-84 di Istana Anak Bukit, Alor Setar di sini, malam ini.
Majlis dimulakan dengan ketibaan Baginda berdua kira-kira jam 8.25 malam diiringi alunan muzik Bagpipe serta disusuli lagu ‘Allah Selamat Sultan’ oleh Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seterusnya disajikan persembahan oleh Badan Kesenian Negeri Kedah (BKNK) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah seterusnya santapan dimulakan.
Berangkat hadir sama Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin; Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamed Ariff; Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin; Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Che Puan Nur Julie Ariff dan Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor serta isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh; Mantan-mantan Menteri Besar Kedah; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali serta isteri, Datin Seri Norhasni Ishak; Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Pahlawan Malek Razak Sulaiman; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Sumber: Warta Kedah
Sumber: Warta Kedah

Comments are closed