
SULTAN KEDAH BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN
RABU (29.07.2026)
JITRA – Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026M/1448H di Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darulaman di sini, hari ini.
Majlis dimulai dengan solat fardhu Maghrib dan seterusnya bacaan Yasin bersama-sama rakyat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Al-Muttaqin Al Fadhil Syeikh Kadri Abd. Hamid dan diakhiri solat fardhu Isyak yang dihadiri kira-kira lebih 300 jemaah seluruh negeri Kedah dari pelbagai peringkat umur sebelum keberangkatan pulang Baginda.
Berangkat hadir sama Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Zubir Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Dato’ Mohd Azam Abd Samat; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Dr. Nadzman Mustaffa; Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Syeikh Mohamad Subhi Abdullah.
Sumber: Warta Kedah

Comments are closed