Page 38 - Demo
P. 38


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202536BUKIT LADA %u2013 Majlis Ketua Kampung (MKK) Sungai Durian dinobatkan sebagai MKK Cemerlang kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada bagi tempoh 2023 hingga 2025 selepas berjaya merealisasikan pelbagai projek pembangunan bernilai lebih RM1 juta di kampung berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood berkata, kejayaan MKK Sungai Durian membawa masuk projek pembangunan bernilai lebih RM1 juta merupakan hasil komitmen tinggi, kerjasama erat serta keupayaan mengurus dan merancang pembangunan secara sistematik.Menurut beliau, kampung berkenaan turut mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih tempat ketiga Pertandingan Kampung Sejahtera Negeri Kedah pada Januari, biarpun tidak mempunyai tarikan semula jadi seperti pantai atau air terjun.%u201cIni antara contoh MKK yang benar-benar berfungsi dan memberi impak kepada komuniti setempat,%u201d katanya selepas menyampaikan pengiktirafan itu sempena Sesi Libat Urus MKK, di Dewan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bukit Lada, hari ini.Menurut Ustaz Salim, pelaksanaan projek seperti baik pulih rumah uzur, penambahbaikan sistem perparitan serta penyaluran bantuan kebajikan yang dilaksanakan mengikut prosedur membuktikan kecekapan MKK dalam berkhidmat kepada rakyat.%u201cMKK Sungai Durian juga sentiasa aktif membantu PKWR DUN Bukit Lada dalam menjayakan pelbagai program kemasyarakatan di peringkat DUN.%u201cPencapaian ini membuktikan kekuatan sebenar sesebuah kampung terletak pada pengurusan yang baik serta kesepaduan komuniti,%u201d katanya.Dalam pada itu, penganugerahan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan dan gerak kerja berkesan MKK Sungai Durian dalam membawa pembangunan dan kebajikan kepada penduduk setempat.%u201cKerajaan negeri berharap kejayaan tersebut dapat dijadikan contoh kepada MKK lain untuk terus memperkukuhkan peranan masing-masing demi kesejahteraan rakyat,%u201d kata Ustaz Salim lagi.MKK SUNGAI DURIAN DINOBATKAN MKK CEMERLANG, JANA LEBIH RM1 JUTA PROJEK PEMBANGUNAN17 DISEMBER 2025
                                
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42