Page 39 - Demo
P. 39
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202537ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah bersama Continental Tyre AS Malaysia Sdn. Bhd. bekerjasama menyediakan program latihan persediaan kerjaya kepada pekerja terjejas sebelum operasi kilang berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember ini.Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Continental Tyre Alor Setar, Md Tahir Muslim berkata, inisiatif tersebut digerakkan sejak April lalu bagi memastikan kebajikan dan kebolehpasaran tenaga kerja pekerja terlibat terjamin.%u201cKesatuan menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri melalui Pejabat Exco Pelaburan dan Invest Kedah bagi membantu mendaftarkan pekerja yang bakal ditamatkan perkhidmatan ke industri lain yang mempunyai kekosongan jawatan,%u201d katanya, di sini, hari ini.Pada 30 April, Kerajaan Negeri Kedah mengambil langkah proaktif membantu 950 pekerja yang bakal terjejas susulan penutupan kilang Continental Alor Setar.Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi, Haim Hilman Abdullah memaklumkan, inisiatif yang dirangka termasuk menempatkan pekerja berkemahiran ke industri lain di negeri ini melalui kerjasama strategik.Menurutnya, inisiatif tersebut diselaraskan menerusi Pusat Pembangunan Bakat Kedah (Kedah Talent Development Center, KTDC) di bawah Invest Kedah, yang berperanan sebagai penghubung antara tenaga kerja dan pihak industri.Menurut Md Tahir, kesatuan juga bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kedah bagi proses pendaftaran pekerja ke dalam Skim Insurans Pekerjaan (SIP) selepas penutupan kilang tersebut.Kesatuan Pekerja-Pekerja Continental Tyre Alor Setar turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Continental atas inisiatif menganjurkan program latihan persediaan kerjaya dan latihan KERAJAAN NEGERI, CONTINENTAL BEKERJASAMA SEDIA PROGRAM KERJAYA SEBELUM TAMAT OPERASI18 DISEMBER 2025

