Page 37 - Demo
P. 37


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202535LA N G K AW I - L o k a s i p enganjuran prog ram Downtown Cenang wajar dinilai semula dan dipindahkan ke tapak baharu yang lebih sesuai selepas peniaga tempatan di Pantai Chenang mengemukakan bantahan rasmi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Amar Pared Mahamud mencadangkan tiga tapak baharu sebagai alternatif kepada tapak sedia ada bagi menjaga kebajikan pengusaha tempatan dan kelestarian kawasan pelancongan Pantai Chenang.Menurut beliau, Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah telah mengemukakan aduan rasmi kepada Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) berhubung kebimbangan peniaga yang mendakwa lokasi sedia ada terlalu hampir dengan premis perniagaan mereka, sekali gus menjejaskan aliran pelanggan dan operasi harian mereka.%u201cPengusaha tetap yang berlesen ini telah lama menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan imej pelancongan Pantai Chenang. Justeru, setiap acara perlu dilaksanakan secara terancang supaya tidak mewujudkan persaingan tidak seimbang,%u201d katanya, di sini hari ini.Amar Pared mencadangkan tiga l o k a s i a l t e r n a t i f u n t u k dipertimbangkan sebagai tapak baharu penganjuran Downtown Cenang, iaitu tapak parkir di sebelah Dataran Chenang yang bersifat terbuka dan luas.%u201cTapak ini pernah digunakan semasa penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2025, selain tidak mengganggu premis perniagaan sedia ada, lebih tersusun serta mudah dikawal dari aspek keselamatan.%u201cCadangan kedua melibatkan jalan sebelah Adya Chenang berhadapan dataran yang disifatkan strategik dan masih berada dalam zon tumpuan pelancong, ia memberi kesan langsung yang lebih rendah kepada pengusaha tetap serta sesuai untuk konsep acara sementara atau berkala.%u201cLokasi ketiga yang dicadangkan di jalan sebelah kawasan Food Truck Chenang yang sememangnya diguna kan untu k a kt iv it i perniagaan sementara, selari dengan konsep acara berasaskan gerai dan trak makanan, sekali gus mengurangkan pertindihan dengan perniagaan tetap,%u201d jelasnya.Tamb a h b eli au, pi ha k nya menyokong sebarang inisiatif pelancongan yang bertujuan merancakkan ekonomi setempat dan menarik kehadiran pelancong ke Langkawi, namun penganjuran program perlu dilaksanakan secara terancang, seimbang serta mengambil kira kebajikan pengusaha sedia ada.Pada Isnin, Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah menerima aduan dan bantahan rasmi daripada usahawan Pantai Chenang yang menyuarakan kebimbangan terhadap penutupan jalan utama di hadapan premis mereka semasa penganjuran program berkenaan.Kira-kira 50 peniaga dan pengendali premis mendakwa perniagaan mereka terjejas apabila jalan utama di Pantai Chenang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan sejauh kira-kira 200 meter, bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam setiap Jumaat hingga Ahad sehingga Februari depan.Dalam pada itu, Amar Pared percaya pendekatan libat urus bersama usahawan, di samping penilaian impak lokasi yang menyeluruh, amat penting bagi memastikan pembangunan dan promosi pelancongan Langkawi terus dilaksanakan secara mampan, adil dan inklusif.DOWNTOWN CENANG: ADUN KUAH KEMUKA CADANGAN TAPAK BAHARU17 DISEMBER 2025
                                
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41