Page 35 - Demo
P. 35


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202533bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan kerana lesen untuk ejen serta pengusaha perjudian dikeluarkan dan dikawal selia oleh kementerian berkenaan.Faizah pula berkata, keengganan K e r a j a a n N e g e r i K e d a h memperbaharui lesen premis perjudian menceroboh kuasa Persekutuan dan menjejaskan kuasa Menteri Kewangan di bawah Akta Pertaruhan Wang Terkumpul.Sementara Azizah berkata, rayuan itu sepatutnya dibenarkan kerana kerajaan negeri membuat keputusan itu atas dasar awam.Ahmad yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) menegaskan, ia suatu keputusan yang mendukacitakan rakyat Kedah khususnya umat Islam di negeri ini.%u201cMeskipun pelbagai keburukan dan kerosakan akibat perjudian sudah terbukti, masih terdapat pihak yang mempertahankan kewujudan aktiviti tersebut, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap keutamaan nilai moral dalam masyarakat,%u201d katanya.Beliau turut menggesa pengamal perundangan Islam agar mencari k a e d a h t e r b a i k u n t u k mengharmonikan bidang kuasa Persekutuan dan Negeri, khususnya dalam perkara berkaitan syariat dan moral.%u201c S e j a k b e b e r a p a t a h u n kebelakangan ini, termasuk susulan kes Nik Elin, kuasa di peringkat negeri dilihat semakin menguncup apabila sering dicabar keabsahannya di mahkamah.%u201cSudah sampai masanya ruang lingkup perundangan sedia ada diteliti secara mendalam supaya kedua-dua bidang kuasa ini dapat diselaraskan dengan lebih baik. Perkembangan ini tidak wajar dibiarkan tanpa penyelesaian tuntas,%u201d katanya.Ahmad tegaskan, aktiviti perjudian tidak selayaknya dibenarkan semula di Kedah dan perjuangan membanterasnya perlu diteruskan sehingga ke peringkat terakhir.%u201cKita akan terus bersama Menteri Besar Kedah mempertahankan dasar bebas judi di negeri ini dan menyeru seluruh umat Islam bersolidariti mempertahankan usaha tersebut.%u201cPerjuangan ini tidak akan terhenti di sini, insya-ALLAH,%u201d katanya.Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu memutuskan tindakan Kerajaan Negeri Kedah menghentikan pembaharuan lesen premis perjudian berkuat kuasa 1 Januari 2023 sebagai %u2018tidak sah%u2019 dan %u2018tidak munasabah%u2019.Ia susulan enam permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh ejen dan syarikat pertaruhan serta pegawai kanan syarikat terlibat bagi mencabar keputusan tersebut.
                                
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39