Page 36 - Demo
P. 36
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20253415 DISEMBER 202517 DISEMBER 2025ALOR SETAR - Kerajaan negeri merangka hala tuju baharu Sekolah Menengah Agama di negeri ini agar pendidikan seiring dengan peredaran semasa.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat, satu kerangka modul pembelajaran kepada guru-guru dan pentadbir sekolah diwujudkan melalui pelancaran Program Lestari Digital Didik Kedah (LDiDK) 2025.%u201cDalam merealisasikan Program Lestari Digital Didik Kedah, kita turut bekerjasama dengan rakan-rakan kerjasama digital yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Ikon Digital Murabbi Kedah 2025, di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, di sini, hari ini.Jelas beliau lagi, melalui program LDiDK, tiga sub utama merangkumi sesi seminar, bengkel dan lawatan penanda aras menjadi teras utama serta menjadi tunjang kepada pelaksanaan pembelajaran di bawah LDiDK.%u201cSatu wawasan pendidikan jangka masa panjang juga telah disusun di bawah Gagasan Cordoba Of Kedah.%u201cPemantapan sistem pendidikan merangkumi sistem pendidikan formal di sekolah dan universiti sehingga pendidikan tidak formal seperti majlis-majlis ilmu di masjid dan surau akan diperkasakan,%u201d kata beliau.ALOR SETAR - Tahun 2026 adalah medan penting bagi sukan negeri Kedah apabila bakal beraksi dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) 2026 di Selangor.Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, Muhammad Radhi Md Din berkata, kejayaan temasya itu memerlukan persiapan rapi, perancangan latihan sistematik dan pemantauan prestasi yang konsisten.%u201cJadikan SUKMA 2026 bukan sahaja medan menonjolkan prestasi, tetapi menzahirkan profesionalisme, semangat juang dan ketabahan hati warga sukan Kedah.%u201cTeruskan bekerja dengan penuh dedikasi, kerana negeri dan rakyat Kedah menaruh harapan tinggi di bahu saudara-saudari sekalian,%u201d katanya.Beliau berkata demikian dalam Seminar %u2018High Performance Sport%u2019 anjuran Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) di Dewan Terbuka MSNK, di sini.Tambah Muhammad Radhi, bagi mencapai sasaran itu, s eminar ters ebut diadakan dalam memperkukuhkan ekosistem sukan berprestasi tinggi negeri ini, khususnya dalam memperkasakan kapasiti jurulatih dan penyelaras sebagai nadi kejayaan atlet negeri.Dalam pada itu, beliau yakin kejayaan sistem berprestasi tinggi bergantung kepada profesionalisme jurulatih dan penyelaras, termasuk kemampuan merancang latihan berasaskan bukti, menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jelas, membuat penilaian berterusan, serta bekerjasama secara harmoni dengan pegawai sains sukan dan pengurusan.%u201cSukan kini tidak lagi bergantung kepada bakat semata-mata.%u201cDunia sukan moden menuntut pendekatan berasaskan sains, analisis data prestasi, psikologi sukan, pemakanan, pemulihan kecederaan, serta pengurusan atlet secara holistik,%u201d kata beliau lagi.KEDAH RANGKA HALA TUJU BAHARU SEKOLAH MENENGAH AGAMAKEDAH TINGKATKAN PERSIAPAN ATLET HADAPI SUKMA 2026

