Page 12 - Demo
P. 12


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202510ALOR SETAR - Isu keganasan rumah tangga, rogol dan gangguan seksual semakin meruncing dan menjadi ancaman kepada golongan wanita.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat serta Perpaduan, Dato%u2019 Hajjah Halimaton Shaadiah Saad berkata, s itu a s i t e r s e but s e m a k i n membimbangkan dalam negara.Menurutnya, pusat sokongan perlu diperluaskan termasuk tempat selamat, bantuan trauma dan khidmat kaunseling untuk mangsa terlibat.%u201cKita komited untuk menyokong usaha memperkukuhkan undangu n d a n g y a n g m e m b e r i perlindungan lebih menyeluruh kepada mangsa.%u201cUsaha untuk menggalakkan lebih banyak kerjasama antara kerajaan, NGO, sekolah, sektor swasta dan masyarakat juga perlu dilakukan,%u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Orange the World Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 di Perkarangan Menara Alor Setar, hari ini.Halimaton Shaadiah berkata, program %u2018Orange The World%u2019 diadakan sebagai solidariti kerajaan yang sentiasa mendengar dan berjuang buat wanita yang menjadi mangsa keganasan.%u201cKempen Orange the World merupakan sebahagian daripada 16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Gender anjuran UN Women, bermula pada 25 November, Hari Antarabangsa Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita dan berakhir pada 10 Disember, Hari Hak Asasi Manusia,%u201d katanya.Tambah beliau, warna oren dipilih sebagai simbolik masa depan yang lebih cerah, serta bebas daripada keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.%u201cSesungguhnya, perjuangan ini bukan perjuangan kaum wanita semata-mata, ia adalah perjuangan kita semua secara bersama,%u201d kata beliau.KEGANASAN RUMAH TANGGA, GANGGUAN SEKSUAL ANCAMAN KEPADA WANITA4 DISEMBER 2025
                                
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16