Page 28 - Demo
P. 28
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 26ALOR SETAR - Sistem pendidikan negara perlu dirombak bagi memastikan setiap anak Malaysia termasuk dari kampung mempunyai potensi besar menjadi jurutera dan tenaga pakar yang mampu membangunkan negara.Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, dan Sains, Teknologi & Inovasi, YB Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah membangkitkan isu ketidakpadanan (mismatch) ketara antara graduan dan keperluan industri sehingga menyebabkan 1.9 juta rakyat berdepan pekerjaan di bawah kelayakan (underemployment).Menurutnya, masalah itu berpunca daripada akar umbi di peringkat sekolah bukan di universiti sematamata.%u201cDi Kota Siputeh, ada sekolah menengah yang tidak menawarkan aliran sains. Adakah anak kampung tidak layak menjadi jurutera atau doktor? Ini persoalan besar yang perlu dijawab oleh sistem pendidikan kita,%u201d katanya ketika menjawab soalan lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di sini hari ini.Tambah Haim, jika keadaan itu tidak ditangani segera, jumlah %u2018underemployment%u2019 berisiko meningkat kepada 2.5 juta atau lebih dan menjejaskan aspirasi Malaysia menuju negara berasaskan teknologi tinggi.Beliau turut menyeru agar Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi bekerjasama dengan negeri bukan hanya membuat keputusan di Putrajaya.%u201cAtas nama pembina negara, bangsa, panggillah negeri untuk duduk berbincang. Negeri juga ada cerdik pandai, bukan hanya Putrajaya.%u201cIni bukan isu kaum. Ini isu masa depan negara. Anak kampung pun layak jadi jurutera, anak bandar pun layak jadi jurutera. Yang penting, hak anak Malaysia jangan dinafikan,%u201d ujarnya.KOMUNITIALOR SETAR %u2013 Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini meluluskan usul pelaksanaan Program Pembiakbakaan Tanaman Padi oleh Komuniti atau %u2018Participatory Plant Breeding%u2019 (PPB) sebagai langkah strategik untuk memperkaya kepelbagaian varieti padi dan memperkasakan kearifan tempatan petani di Kedah.Usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, YB Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir itu mendapat sokongan majoriti ADUN.Jelasnya, sektor padi negeri Kedah sedang menghadapi cabaran besar kerana pesawah terlalu bergantung kepada beberapa varieti komersial yang seragam.Tambah beliau, kebergantungan ini menjadikan padi mudah terdedah kepada penyakit, perubahan iklim yang semakin tidak menentu, dan ketidakstabilan hasil.%u201cKita perlu melakukan anjakan paradigma. Salah satu pendekatan yang terbukti di peringkat antarabangsa ialah Pembiakbakaan Tanaman oleh Komuniti.%u201cKaedah ini meletakkan pesawah bukan sekadar pengguna, tetapi sebagai rakan setara dalam inovasi. Mereka dilibatkan sejak awal memilih benih, menilai sifat tanaman, dan membangunkan varieti baharu yang sesuai dengan tanah dan iklim setempat,%u201d ujarnya.Sementara itu, ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim berkata, setiap kawasan memerlukan varieti benih padi berbeza yang sesuai dengan tanah dan persekitarannya.%u201cAgensi yang berkaitan seperti MARDI memberi kerjasama sebaiknya kepada pihak komuniti yang ingin menghasilkan variati benih padi yang baharu,%u201d ujar beliau.Usul itu turut disokong penuh oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani kerana menurutnya Akta 634- Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 tidak memihak kepada pesawah kecil.ANAK KAMPUNG PUN LAYAK JADI JURUTERA %u2013 DR HAIM HILMANDUN KEDAH LULUS USUL LAKSANAKAN PROGRAM PEMBIAKBAKAAN TANAMAN PADI OLEH KOMUNITIALOR SETAR - 21 OGOS 2025 ALOR SETAR - 21 OGOS 2025

