Page 29 - Demo
P. 29


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 27ALOR SETAR %u2013 Cukai tanah, premium tanah dan fee telah lama dikuatkuasakan dari semasa ke semasa dengan kadarnya ditambah baik berdasarkan keperluan semasa.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, peratusan jumlah hasil negeri lebih bergantung kepada tanah berbanding hasil lain seperti hasil cukai dan bukan cukai.%u201cHasil negeri khususnya di Kedah ini 68 peratus jumlah hasil bergantung pada tanah. Cukai tanah, premium tanah, fee 68 peratus, manakala 32 peratus itu baru hasil-hasil lain iaitu hasil cukai dan bukan cukai.%u201cJadi, kalau pentadbiran tanah kita ini tidak cekap, tidak memikirkan langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan melalui tanah, maka habislah kita,%u201d ujarnya.Jelasnya, isu permohonan tanah sering dibangkitkan termasuk dalam aktiviti perumahan dan perkara tersebut kini masih diproses permohonannya.%u201cAda banyak aspek teknikal yang perlu diteliti dalam permohonan tanah. Ada banyak pertindihan, kesilapan ukuran dan kita tidak mahu perkara itu berlaku,%u201d ucapnya.Tambahnya lagi, terdapat pemohon yang membuat permohonan dan diterima oleh pejabat tanah namun apabila semakan dilakukan, pemilikan tanah tersebut hak milik Jabatan Hutan.%u201cJabatan Hutan tak ada rekod permohonan tanah, yang ada pejabat tanah. Jadi, bagi tanah yang dipohon dan tidak boleh diproses, dia kena minta permit penggunaan di Jabatan Perhutanan,%u201d jelasnya sewaktu menjawab soalan lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Ulasnya lagi, tanah-tanah yang berada di pejabat tanah telah diberikan penekanan kepada semua pentadbir tanah daerah untuk menyegerakan prosesnya.%u201cSetiap minggu kita ada kelulusan dalam exco berpuluh-puluh, tidak kurang 40 fail tanah dan yang terakhir sekali 570 fail lulus dalam satu mesyuarat.%u201cUntuk tanah-tanah yang dimohon oleh orang-orang kampung ni memang kita beri keutamaan tetapi banyak aspek teknikal yang perlu diberi perhatian untuk mengelak kesilapan,%u201d ujarnya.68 PERATUS HASIL NEGERI BERGANTUNG KEPADA TANAH - MB KEDAH21 OGOS 2025
                                
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33