Page 30 - Demo
P. 30
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 28ALOR SETAR - Pelaksanaan Program Pembiakbakaan Tanaman Padi oleh Komuniti atau %u2018Participatory Plant Breeding (PPB)%u2019 adalah anjakan paradigma dalam dunia pertanian.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani berkata, kaedah itu mengiktiraf pesawah bukan hanya sebagai penerima teknologi, tetapi sebagai pencipta bersama varieti baharu.Jelasnya melalui program tersebut pesawah bekerjasama dengan pakar untuk memilih benih, ujian varieti dilakukan terus di sawah dan pesawah sendiri menilai prestasi varieti yang paling sesuai dengan tanah dan cuaca setempat.%u201cDaripada kita menyekat pesawah, mengapa tidak kita angkat mereka sebagai rakan kongsi inovasi?%u201cKaedah ini meningkatkan rasa kepunyaan (sense of belonging) pesawah terhadap varieti baharu. Apabila pesawah percaya, mereka akan menanam tanpa ragu, dan kadar kejayaan juga lebih tinggi,%u201d ujar beliau dalam sesi pergulungan Sidang DUN Negeri Kedah, hari ini.Tambah beliau lagi, kaedah ini bukan teori semata-mata kerana di China, Indonesia, Filipina dan B a n g l a d e s h s u d a h l a m a dipraktikkan.Hasilnya, mereka b er jaya menghasilkan ratusan varieti padi unik yang tahan penyakit tempatan, sesuai dengan pelbagai tanah, dan mempunyai rasa serta aroma yang digemari pengguna.%u201cYang lebih penting, varieti ini bebas ditanam dan dikongsi tanpa sekatan hak cipta. Inilah asas kekuatan pesawah mereka,%u201d ujarnya.PROGRAM PEMBIAKBAKAAN TANAMAN PADI OLEH KOMUNITI ANJAKAN PARADIGMA DUNIA PERTANIANALOR SETAR - 21 OGOS 2025

