Page 17 - Demo
P. 17
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202516INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI KEKAL STABIL, DAKWAAN KEMEROSOTAN DISANGKAL18 SEPTEMBER 2025LA N G K AW I %u2013 S e k t o r pelancongan Langkawi kekal rancak sepanjang cuti sekolah Hari Malaysia meskipun terdapat l ap or a n m e n g e n a i k a d a r penginapan hotel rendah dan ketibaan pelancong yang lembap.Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Norhafiz Abdul Wahid berkata, lebih 100,000 penumpang dijangka menggunakan feri sepanjang cuti berkenaan dengan tambahan 118 perjalanan disediakan.Jelasnya, tinjauan di Terminal Feri Kuala Kedah dan Kuala Perlis mendapati trafik penumpang ke pulau peranginan itu padat walaupun cuti hampir berakhir.%u201cSemua perjalanan hampir habis ditempah, dan kami sedang memp er timbangkan untuk menambah lagi kerana permintaan masih tinggi,%u201d katanya.Pengerusi Malaysian Association of Hotels (MAH) Kedah/Perlis, Eugene Dass menjelaskan, kadar penginapan hotel yang dilaporkan serendah 52 peratus hanya melibatkan sebahagian kecil hotel di Kuah dan kawasan pantai, selain dibuat sebelum cuti sekolah bermula.Pengerusi Persatuan Homestay Langkawi, Mokhtar Shabudin Ismail turut menyatakan tempahan homestay berada pada tahap memuaskan.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Langkawi, Superintenden S a m s u l m u d d i n S u l a i m a n mengesahkan bahawa ketibaan pelancong meningkat dan pemantauan keselamatan telah dipertingkatkan.Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memaklumkan sebanyak 2,018,153 ketibaan pelancong direkodkan sehingga Ogos 2025 dan meningkat 2.64 peratus berbanding tahun lalu.

