Page 17 - Demo
P. 17
Kedah telah merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM4.2 bilion untuk tempoh suku pertama tahun 2025 yang bakal menjana lebih 1,400 peluang pekerjaan dengan sektor pembuatan mencatatkan nilai pelaburan ketiga tertinggi di Malaysia berjumlah RM3.9 bilion.%u201cKeupayaan ini dipacu oleh pembangunan Fasa 4A dan Fasa 5 Kulim Hi-Tech Park, Kulim Industrial Corridor (KIC) serta kawasan perindustrian baharu seperti Kedah Rubber City (KRC) dan Kedah Science Technology Park (KSTP),%u201d katanya.Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-darjah serta Bintang-bintang Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman ke-83 di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit.Beliau turut menjelaskan bahawa kepercayaan dan kesediaan pelabur untuk melabur di Kedah adalah bukti kepada kestabilan, ketelusan dan keberkesanan dasar kerajaan negeri.%u201cPembangunan Koridor Bandar Sempadan juga telah mula menunjukkan perkembangan positif menerusi pembukaan hab logistik (ICD) di Delapan SBEZ, Bukit Kayu Hitam yang berupaya menarik masuk aliran trafik kontena tambahan yang dianggarkan berjumlah 240,000 TEU dari selatan Thailand dan bakal menyumbang sehingga RM843 juta setahun kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kedah,%u201d jelasnya.Tambahnya lagi, prasarana strategik ini diyakini mampu meningkatkan nilai dagangan dua hala Malaysia%u2013Thailand daripada RM117 bilion pada tahun 2023 kepada RM141 bilion menjelang tahun 2027.%u201cKeadaan ini akan menyumbang kepada kelestarian dan kestabilan fiskal negeri yang mencatatkan kejayaan membanggakan pada tahun 2024 dengan merekodkan kutipan hasil melebihi anggaran ditetapkan.%u201cMenerusi nod-nod pembangunan utama ini yang telah mula dirasai limpahannya, Negeri Kedah Darul Aman kini berupaya menjadi %u201cNegeri Tempat Orang Miskin Berteduh, dan Negeri Untuk Orang Kaya Berbakti%u201d dengan penyediaan peluang pekerjaan dan menjanjikan peningkatan pendapatan tambahan kepada Kerajaan Tuanku,%u201d ucapnya.Kedah dinobatkan sebagai salah satu destinasi pelaburan utama para pelabur dalam dan luar negara melalui hasil nilaian pelaburan ketiga tertinggi dalam sektor pembuatan di Malaysia.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pencapaian cemerlang ini dijangka terus berkembang dan seterusnya mampu memperkukuh potensi ekonomi negeri w a l au p u n b e r d e p a n d e n g a n ketidaktentuan politik serta tekanan ekonomi global.%u201cDalam hal ini, sukacita patik ingin menyembah maklum bahawa Negeri KEDAH PEMACU EKONOMI RENTAS SEMPADANALOR SETAR - 22 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 16sumber: google

