Page 16 - Demo
P. 16


                                    Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan negeri Kedah, YB Dato%u2019 Hajah Halimaton Shaadiah Saad menyantuni empat pesakit terlantar dalam daerah Kuala Muda bagi menyerahkan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT).Dua pesakit daripada DUN Bakar Arang adalah Solehah Ali, 64 lumpuh sebelah kanan badan dan Mohammad Farifzul Zakaria, 36 yang mengalami strok dan terlantar sejak enam tahun lalu.Seterusnya dua pesakit dari DUN Pantai Merdeka adalah Che Su Hasan, 76 menghidap strok dan lumpuh sebelah kiri badan serta Nurul Natasha Mohd Shukri,19 lumpuh akibat kemalangan ngeri pada tahun 2019 yang lalu.%u201cTerima kasih kepada semua agensi terlibat kerana program ini sangat memberi manfaat kepada golongan sasar.%u201cPihak PERKESO juga telah memberi sumbangan kepada pencarum yang terlantar sakit.%u201cKami ingin menawarkan lagi peluang kepada agensi-agensi yang ingin turun padang bersepadu dalam program ini untuk membantu mereka yang sakit,%u201d ujarnya.Turut hadir Pengarah Kebajikan Masyarakat, Hj Zakaria Taib; wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah, wakil Baitumal, wakil Majlis Perbandaran Daerah Sungai Petani; wakil Pejabat Menteri Besar Kedah, penyelaras Dun Bakar Arang dan wakil Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Pantai Merdeka.PESAKIT TERLANTAR DAERAH KUALA MUDA TERIMA BANTUAN BSPTKUALA MUDA - 19 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 15
                                
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20