Page 19 - Demo
P. 19


                                    Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah bahawa segala perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, hendaklah dihormati dan dipatuhi oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.Baginda turut menekankan bahawa perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk, memerlukan sensitiviti dan saling menghormati antara satu sama lain, khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama.%u201cIni adalah tanggungjawab bersama yang mesti dipikul, dengan penuh rasa prihatin dan kesedaran tinggi.%u201cOleh itu, Beta menyeru agar setiap individu perlu sentiasa menghormati prinsip-prinsip tersebut, demi memastikan perpaduan yang kukuh terus terpelihara di negeri ini,%u201d titah Baginda.Baginda bertitah demikian bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke-83 di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit di sini, hari ini.Tambahnya, Baginda memandang serius akan beberapa perkembangan semasa yang boleh menggugat keselamatan dalam negeri, khususnya melibatkan penyebaran ajaran dan fahaman yang bertentangan, dengan ajaran Islam yang sebenar.Sultan Kedah menyeru Majlis Agama Islam Negeri Kedah, masjid-masjid, surau-surau serta sekolahsekolah agama memainkan peranan agar usaha dan tindakan membendung ajaran sesat, fahaman menyimpang dan pengaruh radikal dapat dilaksanakan dengan lebih tegas namun berhemah.%u201cPeranan para ulama, imam, dan para pendakwah yang diiktiraf dan bertauliah, amat penting dalam membimbing masyarakat.%u201cBeta ingin memberi peringatan agar, sebarang kupasan agama, ceramah dan dakwah yang disampaikan hendaklah tepat, agar tidak menimbulkan kekeliruan atau perpecahan dikalangan masyarakat,%u201d titah Sultan Kedah lagi.Baginda turut menzahirkan rasa syukur dan berbangga atas pencapaian negeri Kedah yang dinobatkan sebagai Johan keseluruhan, Majlis Tilawah dan Hafazan AlQuran Peringkat Kebangsaan 2025.Kata Baginda, itu merupakan petunjuk bahawa usaha berterusan dalam memperkukuh institusi hafazan di negeri ini, semakin membuahkan hasil.%u201cPeranan Institut Al-Quran Darul Aman, perlu diperkasakan bagi melahirkan lebih ramai huffaz berkualiti dan berwibawa serta mengangkat semula kegemilangan sejarah Kedah sebagai pusat ilmu AlQuran yang unggul,%u201d titah Baginda.BULETIN UPDA EDISI MEI 2025 18SETIAP LAPISAN MASYARAKAT PERLU HORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANALOR SETAR - 23 JUN 2025
                                
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23