Page 20 - Demo
P. 20
Peranan bapa bukan sahaja terbatas kepada mencari nafkah tetapi juga sebagai pembimbing, pelindung dan penyokong utama dalam keluarga. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato%u2019 Hajjah Halimaton Shaadiah Saad, perkara yang mencabar peranan bapa pada masa sekarang adalah kos sara hidup yang semakin meningkat, masa bersama keluarga yang terhad dan tekanan kerja.%u201cKepada kaum bapa, kalian adalah pahlawan yang tidak didendangkan, kapten yang membawa keluarga ke pelabuhan kejayaan.%u201cBersesuaian dengan tema Sambutan Hari Bapa yang diangkat pada tahun ini %u2018Ayahku, Kapten Keluarga%u2019.%u201dBeliau berkata demikian dalam Program Kesejahteraan Lelaki Sempena Sambutan Hari Bapa 2025 Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, di sini, hari ini.Tambahnya, seorang bapa perlu berusaha sedaya upaya mendidik anakanak dengan nilai-nilai murni dan memberikan mereka pedoman agar kelak menjadi insan yang berjaya dan berbakti.Jelas beliau lagi, terdapat beberapa kajian di barat menunjukkan bagaimana penglibatan bapa telah memberi kesan kepada perkembangan anak-anak.%u201cBapa yang lebih akrab memberi kesan lebih baik kepada anak-anak untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi, di mana 75% remaja tidak terlibat dengan hamil luar nikah dan 80% mereka terselamat dari dipenjarakan,%u201d ujarnya.BAPA PEMBIMBING UTAMA DALAM KELUARGAALOR SETAR - 26 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 19

