Page 15 - Demo
P. 15


                                    Kerajaan Negeri Kedah komited dalam melahirkan generasi berpendidikan yang mempunyai jati diri tauhid serta bermoral tinggi dalam mendepani arus tamadun yang semakin berkembang pesat.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, usaha untuk melahirkan generasi berkualiti memerlukan proses yang panjang dan usaha berterusan untuk menjamin kemakmuran hidup bermasyarakat pada masa hadapan.%u201cJangan rasa berpuas hati dengan apa yang telah dicapai pada peringkat ini, sebaliknya terus berusaha untuk menambah ilmu. Jangan berasa sudah cukup, anggaplah diri kita masih serba tidak tahu untuk kita terus bekerja keras mencari ilmu.%u201cIni kerana kejayaan perlu kepada konsistensi, memerlukan istiqamah, memerlukan usaha yang berterusan d a n k e s u n g g u h a n u nt u k meningkatkan upaya diri dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi,%u201d jelasnya.Tambahnya, kejayaan tidak seharusnya diukur melalui penghasilan secara zahir sematamata, sebaliknya melalui usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT.%u201cKita lihat kembali bagaimana tamadun Islam berkembang pada masa dahulu yang mana dalam setiap diri para alim ulama, para ilmuan, mereka bukan sahaja alim dalam bidang agama tetapi menguasai pelbagai cabang ilmu lain ilmu sains, teknologi, astronomi, pelayaran, biologi, perubatan dan seumpamanya.%u201cKita usahakan gagasan Cordoba of Kedah menjadikan UniSHAMS di Kuala Ketil sebagai hab untuk kajian dan pelaksanaan program berdasarkan tema atau gagasan Cordoba of Kedah,%u201d katanya.Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Perasmian Sempena Majlis Idul Ilmi Maktab Mahmud di Dewan Sultan Badlishah, Maktab Mahmud Alor Setar.Jelasnya lagi, dunia pendidikan sentiasa berkembang dan menuntut masyarakat agar terus maju serta berinovasi.%u201cJangan berhenti dan jangan jemu. Belajar daripada kehidupan, teruslah belajar mengutip ilmu di sepanjang jalan kehidupan ini, ia akan memandu kita untuk proses yang berikutnya.%u201cMari kita terokai pencapaian yang lebih baik daripada generasi di atas kita, supaya kita tidak terperuk dalam lingkaran yang sama kerana dunia pada hari ini kalau kita masih terperuk dalam lingkaran yang sama, kita akan ketinggalan,%u201d pesannya.GENERASI BERILMU TONGGAK KEMAKMURAN MASYARAKATALOR SETAR - 19 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 14
                                
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19