Page 18 - Demo
P. 18


                                    Kerajaan negeri tekad memikul amanah dalam memastikan Kedah menjadi sebuah negeri yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan melalui pelaksanaan Program Kedah Sejahtera menerusi bantuan dan sumbangan kepada rakyat yang kurang berkemampuan termasuk Bantuan Beras Sejahtera, bantuan khas kepada pesakit terlantar serta bantuan peralatan perubatan bagi mereka yang memerlukan sewaktu mendapatkan rawatan di hospital..Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjahdarjah serta Bintang-bintang Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman ke-83 di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit.Jelasnya, pembangunan infrastruktur Lot Desa Sejahtera di Kampung Perik daerah Padang Terap bakal dilaksanakan dalam masa terdekat dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025.%u201cSegala-galanya tidak mungkin dapat dizahirkan tanpa limpah kasih dan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Raja Pemerintah berjiwa rakyat yang amat dikasihi dan disanjungi oleh segenap lapisan masyarakat,%u201d ucapnya.Kerajaan negeri komited memelihara manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai teras aqidah dan memastikan syiar Islam terus kukuh di Kedah.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, usaha ini dilaksana melalui program keagamaan serta penaiktarafan institusi pengajian Islam.%u201cKerajaan Tuanku komited memperkasa ilmu ukhrawi dan prasarana menerusi program naik taraf masjid dan surau,%u201d katanya.Beliau berkata keutamaan turut diberikan kepada institusi seperti IQDAR, Maktab Mahmud, sekolah agama, pondok berdaftar dan UniSHAMS.%u201cUniSHAMS akan dibina kolej kediaman pelajar hujung tahun ini melalui peruntukan negeri,%u201d jelasnya.Beliau menegaskan usaha ini bagi melahirkan insan berilmu cemerlang dunia dan akhirat.%u201cKerajaan Tuanku berikrar menjaga keharmonian beragama selaras Undang-Undang Tubuh Negeri dan Perlembagaan Persekutuan,%u201d katanya.Beliau berkata demikian dalam Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah ke-83 di Istana Anak Bukit.%u201cAgama lain juga bebas diamalkan dengan aman dan saling hormat demi kesejahteraan bersama,%u201d ujarnya.22 JUN 2025 22 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 17KESEJAHTERAAN RAKYAT: FOKUS UTAMA NEGERI KEDAHKEDAH KOMITED MEMARTABATKAN ISLAM SEBAGAI TERAS JATI DIRI UMAT
                                
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22