Page 11 - Demo
P. 11
Jelajah Penerangan Kedah Sejahtera akan diadakan di empat daerah bermula dengan daerah Pendang, seterusnya di daerah Bandar Baharu, daerah Yan dan daerah Kubang Pasu.Menurut Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat, kerajaan negeri bekerjasama dengan agensi kerajaan yag lain untuk memastikan maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat khususnya rakyat Kedah.%u201cSejak pentadbiran YAB Manteri Besar, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor, slogan %u2018Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua%u2019 menjadi ungkapan dan praktikal yang dilaksanakan oleh agensiagensi kerajaan supaya apa jua nikmat yang boleh diberi kepada rakyat dapat disampaikan sehinggalah ke peringkat bawah,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Jelajah Penerangan Kedah Sejahtera Daerah Pendang bertempat di Perkarangan Masjid Sultanah Haminah di sini, hari ini.Tambah beliau, pelbagai bantuan telah digerakkan di peringkat kerajaan antaranya bantuan beras sejahtera, bantuan Tabung Tunku Mahmud, bantuan i-Bakipt dan bantuan kepada sekolah-sekolah turut dilaksanakan demi memastikan seluruh lapisan masyarakat dapat disantuni.Jelasnya lagi, kerajaan negeri Kedah sentiasa komited dalam usaha untuk menyampaikan penerangan bagi memberikan kefahaman kepada rakyat berkaitan agenda kerajaan khususnya gagasan The Greater Kedah dan pelan pembangunan Kedah 2035 yang mempunyai enam teras strategik.Katanya, program jelajah itu juga selari dengan tujuh gagasan hal ehwal agama dan pendidikan dibawah kerajaan negeri iaitu berfokuskan gagasan kedua untuk menyuburkan budaya ilmu di seluruh negeri Kedah.%u201cPelbagai aktiviti yang telah diadakan dalam program ini, antaranya Fun Walk, pameran & jualan agensi kerajaan & swasta, derma darah, pemeriksaan kesihatan secara percuma, pertandingan mewarna kanak-kanak, Kuliah Dhuha Muslimat, pertandingan dekorasi kek, Forum Perdana, pertandingan durian tersedap di daerah Pendang, persembahan nasyid, tausiah dan qasidah,%u201d ujar beliau.JELAJAH PENERANGAN KEDAH SEJAHTERA DIADAKAN DI EMPAT DAERAHPENDANG - 15 JUN 2025BULETIN UPDA EDISI JUN 2025 10

