Page 18 - Demo
P. 18
Permohonan tuntutan sebanyak RM200 juta oleh Kerajaan Negeri Kedah masih berada di peringkat pertimbangan Kerajaan Persekutuan.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, permohonan berkaitan pengekalan sawah padi sebagai kawasan pengeluaran makanan telah dikemukakan melalui beberapa siri libat urus.%u201cJabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) mencadangkan bahawa bagi keseluruhan kawasan jelapang padi dan kawasan luar jelapang padi di Kedah, Kedah patut diberi insentif khas RM41 juta,%u201d katanya.Tambahnya, PLANMalaysia telah membangunkan satu sistem yang dinamakan sebagai Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (KaGuMN).%u201cWalaubagaimanapun, kerajaan negeri masih berpandangan bahawa nilai insentif yang dicadangkan oleh KaGuMN masih terlalu jauh kepada kehilangan yang telah kita korbankan,%u201d jelasnya.Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.%u201cPermohonan kita (kerajaan negeri) ini adalah permohonan yang munasabah dan bukan keterlaluan, kita bukan menuntut duit free, kita tuntut atas kehilangan yang telah kita tanggung ratusan tahun lamanya,%u201d ujarnya.Sanusi menegaskan, kerajaan negeri tidak pernah kendur dalam memperjuangkan pengorbanan yang melibatkan kawasan luas tanah sawah padi, termasuk pengekalan kawasan hutan untuk tadahan dan bekalan air kepada negara.Jelasnya lagi, meskipun kerajaan memberi alasan bahawa telah banyak bantuan berbentuk subsidi diberikan untuk menghasilkan padi, namun ia merupakan bantuan yang diberikan kepada pesawah, dan bukannya kepada kerajaan negeri yang kehilangan hasil cukai tanah.%u201cKita (kerajaan negeri) masih berpegang kepada kaedah rundingan dengan Kerajaan Persekutuan selepas beberapa siri yang dibangkitkan.%u201cKeutamaan mesti diberi kepada kawasan pengeluaran makanan, dan kawasan pengeluaran yang paling penting untuk diberikan pertimbangan ialah padi,%u201d ucapnya.KERAJAAN NEGERI TUNTUT RM200 JUTA UNTUK PENGEKALAN KAWASAN SAWAH PADIALOR SETAR - 21 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 17

