Page 19 - Demo
P. 19


                                    ADUN Ayer Hitam, YB Haji Azhar Ibrahim menyambut baik titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang menekankan kepentingan wakil rakyat untuk sentiasa menyelami masalah dan keperluan rakyat, khususnya ketika berlakunya bencana.Menurut Haji Azhar, semasa banjir di penghujung tahun 2024lalu, semua ahli yang berhormat memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang, khususnya di kawasan yang terkesan seperti Anak Bukit, Jitra, BukitKayu Hitam, Pedu, Kuala Nerang, Bukit Pinang, Bukit Lada, Derga dan Ayer Hitam.%u201cAlhamdulillah, dalam pemerhatian saya selaku ketua backbenchers, melalui sebaran program dan aktiviti dalam media baharu Facebook, WhatsApp dan TikTok saya dapati semua ahli yang berhormatcukup cakna dengan peranan ini.Beliau berkata demikian ketika ucapanperbahasan Sidang DewanUndangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan NegeriKedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.Tambah beliau lagi, ahli-ahli berhormat juga berperanan dan sentiasa peka berkaitan dengan masalah dan bantuan yang diperlukan oleh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan parti politik.Haji Azhar turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak GLC, khususnya Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang turut memberi sumbangan untuk program Back to School dan baju raya melalui pusat khidmat wakil rakyat.Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) tingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam melalui Pelan Antirasuah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor, fokus utama LSANK pada tahun ini adalah pelaksanaan operasi penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah serta pihak berkuasa tempatan bagi membanteras aktiviti haram yang melibatkan pengabstrakan air, aktiviti perairan dan pelepasan effiuen oleh pihak tidak bertanggungjawab.Jelasnya, pelaksanaan inisiatif menaik taraf telaga dan membina telaga baharu yang dilaksanakan bertujuan membantu mengatasi isu ketidakcukupan bekalan air di kawasan luar bandar.Tambahnya, LSANK bertanggungjawab memastikan pengurusan sumber air negeri sentiasa terpelihara seiring dengan tagline %u201cPengurusan Sumber Air yang Mampan%u201d.Sanusi berkata, LSANK turut mengalu-alukan manamana pihak yang berminat untuk membina telaga tiub bagi menampung keperluan bekalan air.%u201cPelbagai inisiatif telah dan akan terus dilaksanakan termasuklah pemuliharaan kawasan tadahan air, pengurangan pencemaran ke atas sumber air dan pendidikan kesedaran awam tentang kepentingan air dan alam sekitar,%u201d jelasnya.ADUN AYER HITAM SAMBUT BAIK TITAH SULTAN,TEGASKAN KEPRIHATINAN WAKIL RAKYATLSANK TANGANI ISU BEKALAN AIR LUAR BANDAR MELALUI TELAGA ALTERNATIFALOR SETAR - 21 APRIL 2025 ALOR SETAR - 21 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 18
                                
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23