Page 30 - Demo
P. 30
Isu lot lidi dilihat membebankan pihak pembeli pada masa akan datang, meskipun harga pembelian ketika ini disifatkan murah.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, permohonan memecah satu lot besar menjadi lot-lot kecil perlu melalui proses ubah jenis kegunaan tanah (UJKT) secara serentak dengan proses pecah sempadan, daripada kategori pertanian kepada bangunan sebelum dipindah milik kepada pembeli.%u201cUntuk kes lot lidi sedia ada, kerajaan mengambil maklum keseriusan situasi ini,%u201d tegasnya.Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini.%u201cPemilik tanah boleh buat serahan keseluruhan tanah dan dipohon semula atas kategori bangunan oleh pembeli lot-lot kecil berkenaan. Namun, pembeli tertakluk menjelaskan premium tanah kategori bangunan sebelum hakmilik boleh didaftarkan,%u201d jelasnya.Tambahnya, isu lot lidi merupakan isu pecah lot yang dilakukan tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang berkuat kuasa yang mengakibatkan pembeli tidak dapat didaflarkan dalam hak milik, namun kini ia mendapat permintaan yang menggalakkan dalam kalangan mereka yang ingin memiliki tanah sendiri.Impian seorang bapa untuk menyediakan kediaman selesa buat isteri dan lima anaknya terhalang akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.Mohd Nazrudin Abd Malek, 44, dari Kampung Hangus, berdepan dengan penyakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis, yang membataskan kemampuannya untuk bekerja sepenuh masa.Akibatnya, beliau hanya mampu membantu isterinya menjalankan perniagaan kecil-kecilan di hadapan rumah mereka.Keadaan rumah mereka yang uzur, dengan bumbung bocor dan lantai ruang tamu yang terhakis, menambahkan lagi kesulitan yang dihadapi.Setiap kali hujan, air menitis melalui lubang-lubang di bumbung, menyebabkan ruang tamu sering dilimpahi air dan lantai menjadi berlubang-lubang.Mereka hanya mampu menutup kawasan tersebut dengan tikar getah demi keselesaan anak-anak.Prihatin dengan nasib keluarga ini, Pegawai Khas ADUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar, mewakili YB Brigedier (B) Dato%u2019 Haji Najmi Haji Ahmad, bersama Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK), Ustaz Md Ludin Kadir, telah menziarahi mereka petang semalam.Hasil lawatan tersebut, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kupang meluluskan peruntukan untuk membaik pulih rumah mereka, termasuk menukar bumbung yang rosak, membaiki lantai ruang tamu, 23 APRIL 2025 24 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 29DARI TIKAR GETAH KE HARAPAN BARU: RUMAH KELUARGA MISKIN DIBAIK PULIHJANGAN BELI LOT LIDI, WALAUPUN MURAH %u2013 MB KEDAH

