Page 32 - Demo
P. 32


                                    Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menghadiri Majlis Perasmian Pengoperasian bagi Projek Menaiktaraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal serta pelbagai komponen berkaitan di kawasan Ampang Jajar dan pintu air, di bawah seliaan Pejabat Lembangan Sungai Muda (PLSM).Projek ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Naiktaraf infrastruktur di jajaran PLSM Rantau Panjang melibatkan kos sebanyak RM7.05 juta, yang merangkumi pembaikan serta penambahbaikan sistem utama untuk kelangsungan perkhidmatan yang lebih efisien.Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam memperkukuh keupayaan pengurusan air dan infrastruktur berkaitan di negeri Kedah.Selain itu, sebanyak 34 projek di bawah Program Transformasi Ekonomi Rakyat (PETRA) telah diluluskan di Kedah dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM250 juta bagi tahun 2025, memperlihatkan komitmen kerajaan dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas rakyat.YB Timbalan Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Kedah atas kerjasama erat dengan kerajaan persekutuan.Dalam ucapannya, YB turut menyentuh tentang kepentingan pengurusan sumber air rentas sempadan, dengan mengambil contoh Sungai Mekong yang dikongsi oleh empat negara, dan sungai-sungai utama di Eropah yang dikongsi oleh sehingga tujuh negara, menekankan keperluan kerjasama serantau dalam memastikan kelestarian sumber air.Projek ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada penduduk setempat serta menyokong pembangunan ekonomi negeri secara mampan.SEBANYAK RM7.05 JUTA DIPERUNTUKKAN NAIKTARAF INFRASTRUKTUR JAJARAN PLSM 27 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 31
                                
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36