Page 33 - Demo
P. 33
Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah menyempurnakan program Seminar on Halal Business Opportunities in the Northern Region anjuran MIDA dan Hong Leong Islamic Bank.Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh ekosistem industri halal, khususnya di utara tanah air.Kerajaan negeri amat menghargai usaha memperluas peluang pelaburan halal yang bukan sahaja memberi manfaat ekonomi, malah memperkukuhkan reputasi Malaysia sebagai peneraju halal dunia.Kedah mempunyai potensi besar dalam sektor agromakanan, logistik halal dan pembangunan taman industri halal yang sedang giat diperkasakan melalui pelbagai projek dan inisiatif. Kerjasama erat antara agensi kerajaan, swasta dan institusi pendidikan akan terus diperkukuh untuk memperkasakan ekosistem ini.YB Dr. Haim Hilman percaya seminar ini menjadi medan penting untuk membina jaringan strategik, memperkukuh kerjasama dan mendorong pemindahan ilmu yang mampu melonjakkan industri halal di negeri Kedah ke peringkat lebih tinggi.Proses nilaian semula cukai taksiran sedang dilaksanakan mengikut penyelarasan terkini bagi membiayai perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik kepada rakyat.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perubahan nilaian tanah ini penting bagi menjamin keselesaan dan ketenangan hidup rakyat di bandaraya selaras peredaran masa.Tambahnya, pihak berkuasa tempatan akan memastikan sistem yang dilaksanakan adil dan selaras dengan realiti.%u201cAda prosedur, ada saluran untuk buat semakan atau bantahan dan pihak berkuasa tempatan sedia untuk mendengar suara kita semua,%u201d katanya sewaktu ucapan di Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Bandaraya Alor Setar %u201cBeraya Sakan%u201d di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar.Jelasnya, kutipan yang dilaksanakan akan dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik.Sanusi turut berkata, kerjasama dan sokongan daripada rakyat negeri Kedah amat diperlukan dalam pembinaan serta pembangunan negeri.SEMINAR ON HALAL BUSINESS OPPORTUNITIES IN THE NORTHERN REGIONNILAIAN SEMULA CUKAI, DEMI PERKHIDMATAN LEBIH BERKUALITI28 APRIL 2025 ALOR SETAR - 29 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 32

