Page 34 - Demo
P. 34
Seorang peserta Projek Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SBBA) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Nazmi Khamis, mencatat kejayaan luar biasa apabila berjaya menuai hasil padi tertinggi dalamsejarah program berkenaan.Dengan mengusahakan keluasan sawah seluas2.25 hektar pada musim ini, beliau berjaya menghasilkan 22.830 tan metrik padi bersamaan 10.145 tan per hektar. Kejayaan ini menjadikan beliau sebagai Ikon Kejayaan SMART SBBA LZNK Musim kedua tahun 2024, sekali gus mencipta rekod tertinggi sejak projek ini dilancarkan.Lebih membanggakan, peningkatan hasil tersebut telah melonjakkan pendapatan bulanan beliau kepada RM6,240.20, berbanding hanya RM1,423.02 pada musim sebelumnya.Nazmi merupakan peserta %u201cProjek Hassan%u201d di bawah SBBA LZNK yang menyasarkan transformasi kehidupan golongan asnaf melalui pengurusan zakat secara berstrategi dan berskala besar.Kejayaan beliau menjadi bukti bahawa zakat, wakaf dan infaq mampu menjadi peAPRILu perubahan hidup apabila diurussecara sistematik dan berkesan.Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato%u2019 Syeikh Zakaria Othman berharap pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai peserta agar terus melakar kejayaan dalam sektor pertanian, seterusnya keluar daripada belenggu kemiskinan.%u201cOrang ramai turut dipohon mendoakan agar lebih ramai lagi asnaf dapat mengikuti jejak langkah Saudara Nazmi dalam memperbaiki taraf hidup melalui inisiatif seumpama ini,%u201d ujarnya dalam satu kenyataan.DARI RM1,400 KE RM6,200:BUKTI KEBERKESANAN PROJEK SBBA LZNKALOR SETAR - 30 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 33Sumber: Google

