Page 27 - Demo
P. 27


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202525ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegur sikap pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang didakwa tidak profesional apabila cuba mempolitikkan isu pendidikan.Beliau berkata, universiti sebagai g e d u n g i l mu s e p at u t ny a menunjukkan contoh terbaik kepada masyarakat, bukan melakukan tindakan yang tidak mencerminkan tradisi keilmuan, ketamadunan dan kepimpinan.%u201cOrang yang terlalu lama duduk dalam universiti, tidak hargai keberadaan mereka di situ. Pandangan ting gi kepada masyarakat terpelajar, tetapi buat kelakuan yang tidak sesuai dengan kelayakan. Kita tahu walaupun kita tak cakap dan kita faham apa mereka tunjukkan.%u201cKita harap kewujudan sebuah universiti sehebat itu menyumbang kepada keilmuan, ketamadunan, kedewasaan, keterbukaan dan kepimpinan. Semua ciri-ciri baik itu dilonggok kepada masyarakat universiti, maka mereka mesti tunjukkan contoh yang baik,%u201d katanya ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Syarikat Air Darul Aman (SADA) 2025, di sini, hari ini.Sanusi yang juga Pengerusi SADA melahirkan kekesalan itu apabila UUM membatalkan penggunaan Dewan Mu%u2019adzam Shah di kampus berkenaan pada saat akhir sehingga Majlis Graduasi SADA 2025 terpaksa dipindahkan ke lokasi baharu dalam tempoh hanya dua hari sebelum acara berlangsung.Beliau tegaskan, sebagai sebuah institusi pendidikan yang dibina atas tanah seluas 1,000 hektar di Kedah seharusnya menjadi penyumbang kepada ketamadunan dan keterbukaan, bukan bertindak mengikut sentimen politik.%u201cKita bangga UUM ada di Kedah, tetapi kita tidak suka dengan perangai seperti itu. Jangan berpolitik di universiti. Jika mahu berpolitik, bertanding dalam pilihan raya. Turun lawan saya di Jeneri. Siapa pun boleh datang,%u201d katanya.Menurut Sanusi lagi, masyarakat sentiasa memandang tinggi kepada golongan akademik, namun tindakan tertentu kepimpinan universiti kebelakangan ini tidak mencerminkan nilai intelektual yang sepatutnya dijunjung.%u201cMesti ada penghormatan dan pengiktirafan kepada orang lain. Jangan dibelenggu rantaian palsu yang tidak memberi makna kepada tradisi keilmuan dan ketamadunan. Semua tindakan yang tidak mencerminkan akademia tidak boleh dipraktikkan di universiti, termasuk oleh kepimpinan universiti dan kementerian yang mengawal universiti.%u201cSemua negeri, pemimpin dan kerajaan ada maruah. Jangan diperkotak-katikkan orang, jangan buat sembarangan. Jangan buat mudah perasaan dan pandangan orang lain kepada kita. Orang lain tidak bodoh kalau kita cerdik,%u201d katanya.Menurut beliau, pihak universiti tidak boleh memperkecilkan pihak lain biarpun atas perbezaan politik.%u201cSejak 2008 sampai 2025, ada beberapa peristiwa dengan UUM. Dari isu tanah, isu air dan kali ini isu graduasi. Puncanya bukan apa, sebab saya parti lain sahaja. Saya tahulah UUM itu Universiti UMNO Malaysia. Kalau saya sebut, malu pada orang, tapi tak boleh hingga ke tahap itu,%u201d katanya.Beliau bagaimanapun merakamkan penghargaan kepada pensyarah UUM terlibat dan pasukan penganjur yang memastikan majlis graduasi tetap berjalan lancar meskipun perubahan lokasi berlaku pada saat akhir. Dalam pada itu, Sanusi berharap agar proses renovasi Dewan Mu%u2019adzam Shah dapat diselesaikan segera bagi mengelakkan masalah berulang pada masa hadapan.%u201cKita menghormati tradisi keilmuan dan hormat semua orang. Kita lebih menghormati orang yang tahu menghormati kita. Itu yang paling baik. %u201cKalau mereka tidak berubah, ini program terakhir kita. Kalau mereka berubah, kita akan teruskan,%u201d katanya.Sebelum mengakhiri ucapan, Sanusi mengingatkan bahawa majlis g r a d u a s i a d a l a h s i m b o l penghormatan kepada pencapaian diri dan institusi, dan menyeru agar warga universit i kemb a li menzahirkan nilai intelektual dalam tindakan dan keputusan.%u201cJANGAN BERPOLITIK DI UNIVERSITI. JIKA MAHU BERPOLITIK, BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA%u201d - SANUSI11 DISEMBER 2025
                                
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31