Page 21 - Demo
P. 21
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202519ALOR SETAR - Kedah kini mencapai 80 peratus pelaksanaan pendigitalan dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri, menjadikannya antara negeri paling ke hadapan dalam transformasi digital sektor awam.Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pelaksanaan sistem perkhidmatan dalam talian sepenuhnya sektor awam (E2E) di Kedah membolehkan hampir semua urusan kerajaan negeri dijalankan secara digital sepenuhnya.%u201cDaripada mula sampai habis, semua digital. Alhamdulillah, saya rasa Kedah antara terkehadapan dalam usaha pendigitalan kerajaan,%u201d katanya pada sidang akhbar selepas majlis peluncuran Kedah Digital Blueprint 2025-2050 (KDBP 2050) di Wisma Darul Aman, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato%u2019 Seri Norizan Khazali.Sanusi yang juga Pengerusi Majlis Digital Negeri Kedah (MDNK) berkata, KDBP 2050 merupakan mekanisme penting untuk merealisasikan gagasan %u2018The Greater Kedah%u2019.%u201cSetiap inisiatif dicadangkan menerusi KDBP 2050 tidak terpesong dari visi Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni serta misi memacu pembangunan sosioekonomi yang inklusif, berdaya saing dan mampan,%u201d katanya.Dalam ucapannya beliau memaklumkan, pendigitalan sektor kerajaan selaras dengan Teras 5 The Greater Kedah, iaitu Kompetensi Tadbir Urus yang menekankan perkhidmatan awam digital, Kedah tanpa tunai dan perkhidmatan lancar.%u201cTerdapat empat teras strategik disasarkan dalam KDBP 2050 bermula tahun ini hingga 2050, iaitu perkhidmatan digital, masyarakat digital, kerajaan digital serta teknologi terkedepan.%u201cSebanyak 49 inisiatif dirangka untuk menjadikan Kedah seiring dengan era digitalisasi. Ia akan dipantau melalui platform Dashboard KDBP2050, yang menyelaras hala tuju pendigitalan serta status pelaksanaan dan isu dibangkitkan agensi peneraju,%u201d ujar beliau.Sanusi tegaskan, pendigitalan bukan usaha singkat, ia memerlukan visi jelas, perancangan teliti, komitmen berterusan dan keberanian untuk berubah.%u201cBelanjawan Negeri Kedah 2026 melalui Inisiatif 40 memperuntukkan RM8.26 juta bagi memperkukuh transformasi digital. KEDAH CAPAI 80 PERATUS PENDIGITALAN PENTADBIRAN - SANUSI9 DISEMBER 2025

