Page 22 - Demo
P. 22


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202520%u201cIa meliputi menaiktaraf infrastruktur digital dan rangkaian, pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi dan sistem dalaman kerajaan negeri serta langganan aplikasi luar untuk menyokong operasi digital,%u201d katanya.Tambah beliau, pada tahun ini, kerajaan mengorak langkah menyokong program Wifi Komuniti bernilai RM215,280 bagi langganan 24 bulan di 112 Pejabat Penghulu seluruh negeri.%u201cSelain itu, aplikasi baharu yang sedang dibangunkan akan melengkapkan data profil penduduk serta daerah bagi memudahkan perkhidmatan secara holistik.%u201cAgenda digital ni bukan hanya pelengkap sistem kerajaan, tetapi menjadi nadi utama pentadbiran moden, selaras perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), automasi, Internet of Things (IoT), data raya (Big Data), blockchain dan keselamatan siber moden.%u201cIa menuntut kita melakukan perubahan yang bukan sekadar kosmetik, tetapi proses pendigitalan menyeluruh dalam perkhidmatan kerajaan negeri,%u201d jelasnya.Sanusi memaklumkan, MDNK menjadi platform utama menggerakkan ekosistem digital negeri dalam memastikan penyelarasan dasar digital secara menyeluruh, mengawal selia pengurusan sumber dan perbelanjaan ICT serta memastikan pelaksanaan projek memberi nilai terbaik kepada kerajaan negeri.%u201cIni termasuk mewujudkan Jalinan Strategik Digital (JSD) dengan agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan teknokrat industri digital.%u201cHubungan harmonis ini dapat mempercepatkan pencapaian hala tuju pendigitalan negeri yang kita idamkan,%u201d katanya.Beliau turut merakam penghargaan kepada semua agensi dan pemain industri yang membantu pembangunan ekosistem digital Kedah.%u201cSaya berharap MDNK menjadi platform penting menentukan hala tuju dan menggerakkan strategi pendigitalan kerajaan negeri secara menyeluruh.%u201d%u201cIa akan memastikan transformasi digital negeri dilaksanakan secara strategik, sistematik dan berkesan untuk manfaat rakyat,%u201d katanya.i
                                
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26