Page 28 - Demo
P. 28
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202526JITRA - Tenaga pengajar yang bertauliah penting dalam memastikan kelangsungan syariat agama Islam dapat ditegakkan mengikut ajaran yang sebenar.Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi, Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, negeri Kedah bertuah kerana di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama pejabat Mufti telah melakukan sedaya upaya memastikan agama Islam terus terbela, dijaga dan diangkat setinggi mungkin.%u201cALLAH SWT memilih kalian untuk menjadi sebahagian daripada pembela agamanya, pendidik umat dan menjadi penerus kepada kerja dakwah yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.%u201cTeruslah berkelana dalam perjalanan ini dan menyebarkan dakwah, mendidik anak bangsa dan seluruh yang ada di luar sana bukan hanya kepada orang Melayu Islam tetapi semua bangsa yang ada di luar sana,%u201d katanya.Haim Hilman berkata demikian sempena Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam & Penutupan Sambutan Jubli Perak Jabatan Mufti Negeri Kedah 2025, di Darulaman Park, di sini, hari ini.Jelas beliau, syariat Islam perlu dipertahankan agar rakyat yang bernaung di bawah kerajaan ini sama ada Islam atau bukan Islam akan merasakan kerahmatan dan keadilan oleh pemerintah yang mempunyai kefahaman agama yang tinggi.Haim Hilman turut menegaskan agar institusi pondok perlu diberikan perhatian serius dan harus diselamatkan agar ia kekal relevan dengan perubahan masa kini serta terus menjadi benteng umat Islam.%u201cMaka sosok-sosok tubuh yang benar-benar menjiwai akan perjuangan agama ini harus terus diperkasakan.%u201cSebagai guru tugas kita bukan hanya membaca kitab dan memastikan kitab itu habis pada waktunya, tetapi paling penting ialah penghayatan dan amalan daripada apa yang kita sampaikan itu dapat diamalkan oleh pelajar,%u201d katanya.TENAGA PENGAJAR BERTAULIAH PENTING DEMI KELANGSUNGAN SYARIAT ISLAM11 DISEMBER2025

