Page 29 - Demo
P. 29


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202527JITRA - Institusi pendidikan agama di negeri ini diperkasakan ke arah pendigitalan dengan penggunaan bahan digital, multimedia dan visual interaktif selaras dengan peluang pendidikan masa kini.Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi, Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, iamembolehkan institusi pendidikan agama swasta terus melangkah ke hadapan seiring sekolah kebangsaan dan tidak jauh ketinggalan berbanding sekolah lain di luar sana.Menurutnya, bagi mencapai sasaran tersebut dan memperkasakan proses pembelajaran, sebanyak 30 buah institusi agama terpilih di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra menerima sumbangan Smart TV.%u201cSumbangan itu bagi menyokong dan memantapkan proses pembelajaran digital.%u201cBanyak yang harus dilakukan bagi kita mencapai sasaran itu,%u201d katanya.Beliau berkata demikian dalam Program Penyerahan Smart TV kepada Institusi Pendidikan Agama Kubang Pasu di Dewan Inapan Mahsuri, di sini, hari ini.Haim Hilman berharap sekolah-sekolah ini bukan sahaja diajarkan al-Quran dan sunnah Nabi sematamata, tetapi juga menyerap penghayatan ilmu itu dalam diri pelajar.%u201cJika nilai-nilai mulia berjaya ditanamkan dalam sistem pendidikan, pelajar bukan sekadar memiliki ilmu tetapi turut memiliki adab.%u201cBuat para guru jangan pernah merasakan diri tidak signifikan dan tidak penting dalam pembangunan anak-anak ini.%u201cKalian sangat penting, kerana itulah kita berikan sumbangan Smart TV untuk bantu guru mengajar secara lebih interaktif,%u201d kata beliau.PERKASAKAN INSTITUSI AGAMA KE ARAH PENDIGITALAN12 DISEMBER2025
                                
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33