Page 23 - Demo
P. 23
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202521ALOR SETAR - Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Fidlot yang dilaksanakan pada 2020 di luar bidang kuasa pentadbiran kerajaan negeri ketika ini kerana ia dirancang sebelum pertukaran kepimpinan Kedah.Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan projek tersebut merupakan inisiatif era pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang ketika itu memegang jawatan Menteri Besar Kedah.%u201cSaya tak tahu, (kejadian) itu zaman sebelum saya jadi Menteri Besar, sebelum tahun 2020. Saya tak tahu perkara itu, saya pun tak pasti dan tengok surat khabar sahaja,%u201d katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Kedah Digital Blueprint 2025-2050 di Wisma Darul Aman, hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu membabitkan Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasruddin yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung projek fidlot berkenaan pada Isnin.Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah turut melahirkan persoalan mengenai penahanan tersebut yang dianggap %u2018pelik%u2019%u201cYang bagi (rasuah) orang lain, yang ambil orang lain, yang kena orang lain. Itu pelik juga. Dia (Azman) pun ada buat sidang media katanya pendakwaan itu bermotif politik. Semua orang atau yang mengikuti isu itu, nampak dengan jelas,%u201d katanya.Menurut beliau, Projek Fidlot terbabit di bawah kendalian Kedah Agro Holding Berhad (KAHB), namun syarikat itu telah ditutup tahun lalu selepas pelaksanaan Skim Pemisahan Sukarela (VSS).%u201cKedah Agro sudah ditutup. Bila tutup makna tak ada aktiviti, tutup buku. Kedah Agro tutup apabila kita buat VSS dan hentikan operasi.%u201dSekarang ada syarikat swasta ambil alih Kedah Agro. Kes berkenaan kes lama sebelum 2020, Menteri Besar orang lain, Exco (Ahli Majlis Kerajaan Negeri) pun orang lain. Beliau (Azman) salah seorang Exco pada masa itu,%u201d katanya.Sanusi berkata, setakat ini, PN tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Azman berikutan kes tersebut baharu didakwa di mahkamah.%u201cTak ada tindakan apa-apa kepada beliau, dia bukan didapati bersalah.%u201cSeseorang didapati bersalah apabila mahkamah memutuskan dia bersalah. Orang yang kena dakwa bukan bermaksud bersalah. Dia tak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,%u201d katanya.Pada Isnin, Azman dan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, didakwa atas pertuduhan rasuah membabitkan Projek Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro.Mengikut pertuduhan, Azman didakwa bersubahat dengan Amar Assuat untuk menerima RM400,000 daripada seorang individu sebagai dorongan mendapatkan projek ternakan lembu itu daripada Kedah Agro Holding Berhad pada 23 Jun 2020 di Bandar Baru Bangi.Azman bagaimanapun mengaku tidak bersalah.PROJEK FIDLOT DILAKSANA SEBELUM SAYA JADI MENTERI BESAR - SANUSI9 DISEMBER 2025

