Page 26 - Demo
P. 26
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202524SADA PERLU KEKAL PROGRESIF HADAPI CABARAN INDUSTRI AIR - SANUSI12 NOVEMBER 2025ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman (SADA) perlu kekal progresif, inovatif dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran masa depan melibatkan perubahan iklim, peningkatan permintaan air serta transformasi digital dalam sektor utiliti.Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, industri air kini menuntut kecekapan lebih tinggi dan kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan keperluan semasa.Menurutnya, cabaran baharu itu me me rlu k an S A DA te r us memperkukuhkan kompetensi organisasi dan sentiasa bergerak seiring perkembangan teknologi agar mampu memb erikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.%u201cKita tidak boleh selesa dengan pencapaian sedia ada. Kita mesti terus bergerak ke hadapan, memperkukuhkan kompetensi dan menyesuaikan diri dengan keperluan masa kini.%u201cSADA memikul tanggungjawab besar untuk memastikan air terawat yang disalurkan bukan sekadar sumber kegunaan seharian tetapi juga simbol kepada kecekapan, integriti serta keikhlasan dalam perkhidmatan utliti,%u201d katanya ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi SADA 2025 yang pertama, di sini, hari ini.Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato%u2019 Mohd Fauzi Mustaffa; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Dato%u2019 Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria; Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Radzuan Osman; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UUM Holdings Sdn Bhd, Azman Hisham Che Doi; dan Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Herman Shah Anuar.Sanusi yang merupakan Pengerusi SADA berkata, bagi mengukuhkan daya tahan organisasi itu, program pembangunan kerjaya dilaksanakan melalui kolaborasi Jabatan Pembangunan Modal Insan & ISO SADA dengan PACE UUM sebagai inisiatif melahirkan pemimpin masa depan yang mampu mengemudi perubahan besar dalam industri.%u201cInisiatif ini penting dalam memastikan SADA menjadi sebuah operator air yang kompeten bukan sahaja dari segi operasi, tetapi juga budaya ker ja dan kualiti perkhidmatan.%u201cProgram seperti ini dapat meningkatkan kompetensi, kemahiran profesional dan p embangunan kepimpinan kalangan pegawai dan kakitangan SADA, selaras dengan aspirasi untuk mencapai kecemerlangan dalam pembangunan sumber manusia,%u201d katanya.

