Page 30 - Demo
P. 30
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202528LANGKAWI %u2013 Wanita perlu mempunyai kefahaman yang jelas terhadap undang-undang bagi memastikan hak mereka sentiasa dilindungi.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat serta Perpaduan, Dato%u2019 Hajjah Halimaton Shaadiah Saad, wanita perlu memahami undang-undang kerana ia bukan sekadar melindungi, malah turut memperkasakan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan.%u201cApabila wanita mengetahui hak mereka, mereka bukan sahaja mampu mempertahankan diri, malah boleh bertindak sebagai ejen perubahan dalam keluarga dan masyarakat,%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Wanita & Undang-Undang Peringkat Negeri Kedah 2025 di De Baron Resort, Kuah, di sini, hari ini.Tambah beliau lagi, masih terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditangani, khususnya melibatkan hak undang-undang, kesejahteraan keluarga, keselamatan wanita serta akses kepada keadilan.%u201cDalam dunia yang semakin kompleks, wanita perlu memahami hak di bawah undang-undang keluarga, pekerjaan dan jenayah, termasuk perlindungan daripada keganasan rumah tangga, isu penjagaan anak, nafkah dan harta sepencarian serta keselamatan digital dan jenayah siber,%u201d katanya.Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran konvensyen itu amat bertepatan selari dengan komitmen Kerajaan Negeri Kedah dalam membela hak serta perlindungan wanita.Beliau turut berharap konvensyen itu dapat menghasilkan resolusi yang jelas dan praktikal untuk dikemukakan kepada pihak berwajib di peringkat negeri dan Persekutuan bagi tindakan susulan.%u201cSaya menyeru semua peserta agar memanfaatkan platform ini untuk bertukar pandangan, meningkatkan pengetahuan serta membina jaringan sokongan demi memperkukuh kedudukan wanita di negeri Kedah,%u201d katanya lagi.FAHAMI UNDANG-UNDANG, PERTAHAN HAK WANITA13 DISEMBER 2025

