Page 25 - Demo
P. 25
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202523pelaburan, iaitu MITI, MIDA, MATRADE untuk pastikan pelabur datang.%u201cKita bukan nak %u2018claim%u2019 nama kita, kita bukan %u2018one man show%u2019. Tiada pihak yang boleh dakwa usaha ini hasil kerja dia seorang. Bukan hanya MIDA buat kerja, kalau kami tak sedia tapak hang (mereka) nak pi duduk tang mana,%u201d katanya.Tambah beliau, pelaburan di KHTP sering menjadi %u2018perang politik%u2019 berikutan ada pihak mendakwa kejayaan taman teknologi tinggi itu usaha satu pihak sahaja tanpa melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.%u201cMIDA boleh jual nama Malaysia di luar supaya melabur di negara ini. Kita ada insentif cukai dan pelbagai insentif tapi kalau tanah tidak ada, MIDA tak boleh bawa mereka datang sini.%u201cJadi kita bekerjasama dengan semua pihak terlibat dengan sektor industri dan kita tak menyalahkan satu sama lain.%u201cKita juga tak ugut sesiapa. Jadi persekitaran itu nampak bersih untuk pelabur datang. Sudah tentu mereka pun mahu kepastian agar pelaburan itu selamat apabila melabur di negara lain,%u201d katanya.Sanusi percaya keselarasan dasar antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT menjadi faktor penting memperkukuhkan keyakinan pelabur terhadap Kedah.%u201cContoh, ada syarikat meletakkan syarat pembangunan 70 peratus di atas tanah yang dimohon, sedangkan dasar negeri menetapkan 60 peratus. Kita panggil PBT, pemaju dan kerajaan bincang bagaimana nak penuhi permintaan itu tanpa menyalahi undangundang. Ini usaha semua pihak untuk pastikan pelaburan bilion ringgit itu berjaya,%u201d katanya.Mengulas sasaran jangka panjang, beliau memaklumkan, Kedah menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah RM500 bilion menjelang 2050, dan usaha menarik pelaburan berkualiti akan terus dipergiatkan.%u201cKita tak claim kita saja, kita ada kerjasama dengan semua pihak untuk jayakan usaha ini. Bila kita maklum, pelaburan yang masuk jumlahnya RM168 bilion, marah buat apa? Kalau pelaburan tak masuk, baru patut marah. Jika pelaburan masuk, patut tepuk tangan sajalah,%u201d katanya.

