Page 24 - Demo
P. 24


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202522KEDAH, AGENSI PERSEKUTUAN SALING MELENGKAPI TARIK PELABURAN - SANUSI10 DISEMBER 2025ALOR SETAR - Kejayaan Kedah menarik pelaburan berjumlah RM168 bilion ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dalam tempoh lima tahun bukan usaha kerajaan negeri semata-mata.Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebaliknya pencapaian itu adalah kejayaan bersama dengan agensi Persekutuan terutama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di bawah K e m e n t e r i a n P e l a b u r a n , Perdagangan dan Industri (MITI).Menurutnya, kerajaan negeri mahupun Persekutuan memainkan peranan di peringkat masingmasing dalam usaha menarik pelabur ke negeri ini.%u201cSaya tak pasti kenapa dulu pelabur tak datang, mungkin tempat lain tawarkan lebih baik, murah atau persekitaran lebih sesuai.%u201cApabila kita cipta persekitaran yang jelas dalam urusan, dan kita maklum apa boleh kita tawarkan dan bantu, mereka datang. Pelabur datang dengan harapan kita bantu mereka, bukan beri tekanan pada mereka,%u201d katanya ketika menjadi panel dalam Forum: %u2018How Board Shape Corporate Success%u2019.Sanusi berkata, pencapaian yang terhasil itu juga antaranya disumbangkan oleh keyakinan pelabur terhadap persekitaran kondusif, rantaian bekalan dan k e c e k a p a n p e n t a d b i r a n merangkumi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemaju.%u201cKita mahu polisi negara, negeri, PBT selari, jangan bertelagah di hujung. Saya rasa semua faktorfaktor yang kita sediakan seperti persekitaran, rangkaian, dasar PBT diselaraskan dan pelabur berpuas hati.%u201cKita letak semuanya di atas meja, apa kita boleh bantu dan apa keupayaan kita. Yang di peringkat Persekutuan, itu peranan MIDA dan MITI, yang di peringkat negeri, kita jadi pemudah cara. Ia jaminan untuk pastikan pelabur tak akan menyesal untuk letak duit di sini,%u201d ujarnya.Beliau berkata, peranan MIDA dan MITI di peringkat Persekutuan serta usaha kerajaan negeri menyediakan tapak, kemudahan dan fasilitasi pelaburan perlu bergerak seiring bagi memastikan pelabur berasa selamat serta yakin meneruskan pelaburan.%u201cSaya rasa persekitaran itu yang tarik minat mereka dalam tempoh lima tahun ini, RM168 bilion datang di Kedah. Mereka kata ini kerja MIDA, betul, kita kerjasama dengan pihak terlibat dengan 
                                
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28